Kesan pembelajaran berasaskan Projek (PBPj) terhadap pencapaian dan motivasi intrinsik bagi Projek Tahun Akhir dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesan kaedah pembelajaranberasaskan projek terhadap pencapaian teori, amali dan motivasi intrinsik bagi subjek Projek TahunAkhir 1 (PTA1). Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (M-PBPj) dibangunkan dengan mengintegrasikan teori konstruktivis, teori pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Hafiidzull Wan Rashid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6969
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kesan kaedah pembelajaranberasaskan projek terhadap pencapaian teori, amali dan motivasi intrinsik bagi subjek Projek TahunAkhir 1 (PTA1). Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (M-PBPj) dibangunkan dengan mengintegrasikan teori konstruktivis, teori pembelajaran bermakna, teori tingkah laku,teori penentuan sendiri dan model Buck Institute for Education (BIE) berdasarkan kepadareka bentuk pembangunan ADDIE. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif denganreka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 91 pelajar yang diagih kepada kumpulan kawalan(n=45) dan rawatan (n=46) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di sebuahKolej Vokasional. Ujian pencapaian teori PTA1 digunakan untuk mengukur pencapaian teori manakalaborang penilaian amali PTA1 digunakan untuk mengukur pencapaian amali. Soal selidik IntrinsicMotivation Inventori (IMI) digunakan untuk mengukur tahap motivasi intrinsik pelajarterhadap bahan pengajaran. Modul pembelajaran telah disahkan oleh tiga orang pakar bagikesahan konstruk. Kebolehpercayaan instrumen diukur menggunakan pekali Alfa Cronbach = 0.71-0.82untuk setiap konstruk yang diuji. Oleh itu, instrumen didapati mempunyai kesahan dankebolehpercayaan yang baik. Statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan, min,sisihan piawai, ujian-t dan saiz kesan telah digunakan untuk menganalisis data. Min ujian pascabagi konstruk teori untuk kumpulan rawatan (M = 27.54 ; SP = 4.35) lebih tinggi daripada min ujianpasca kumpulan kawalan (M = 21.02; SP = 4.52) manakala min ujian pasca bagi konstruk amali untukkumpulan rawatan (M = 33.13; SP = 6.67) lebih tinggi daripada min ujian pasca kumpulankawalan (M = 30.80; SP = 6.96). Min soal selidik pasca bagi konstruk motivasi intrinsik untukkumpulan rawatan (M = 3.60; SP = 0.26) lebih tinggi daripada min pasca kumpulan kawalan (M= 2.96; SP = 0.27). Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan ujianpasca pencapaian teori [t(89) = -7.01; p