Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 hingga 2015

Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak bermaksud idea pokok atau gagasan yang diketengahkan

oleh pengarang menerusi koleksi cerita yang berlatarkan dunia kanak kanak sepenuhnya.

Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farra Humairah Mohd
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6977
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak bermaksud idea pokok atau gagasan yang diketengahkan

oleh pengarang menerusi koleksi cerita yang berlatarkan dunia kanak kanak sepenuhnya.

Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 sehingga 2015

mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa panel penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia

(HSPM) kerana dikatakan kemerosotan mutu penghasilan iaitu dari aspek pemikiran. Tambahan

lagi, terdapat juga kritikan daripada para sarjana tempatan yang beranggapan bahawa cerpen

kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera

kanak kanak serta tidak memenuhi keperluan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, objektif

kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran berdasarkan konsep 'pemikiran' tokoh

sarjana yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak pilihan yang dikaji, menganalisis

pemikiran berdasarkan model keperluan kanak-kanak (janaan teori Maslow dan teori

Hashim Awang) dan merumuskan pemikiran yang dominan terdapat dalam cerpen

kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 sehingga 2015. Metodologi yang digunakan ialah

pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan kajian analisis teks. Instrumen

yang digunakan ialah senarai semak analisis teks dan menggunakan model keperluan kanak-kanak

(gabunganjanaan teori Maslow dan teori Hashim Awang). Teori ini digunakan bagi menganalisis

keperluan dan kehendak kanak-kanak yang terdapat dalam karya. Sampel data yang digunakan ialah

sebanyak 130 buah teks cerpen kanak-kanak pilihan tempatan dari tahun 2012 sehingga 2015.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima pemikiran yang dikaji dalam cerpen kanak-kanak

pilihan dari tahun 2012 sehingga 2015 iaitu pemikiran keagamaan, pemikiran budaya,

pemikiran pendidikan, pemikiran politik dan pemikiran ekomoni. Pemikiran

keagamaan dan pemikiran pendidikan adalah pemikiran yang paling dominan diketengahkan

dalam cerpen kanak-kanak yang dikaji. Namun, kedua-dua pemikiran ini tidak menyeluruh

diketengahkan kerana dipaparkan menerusi unsur-unsur pengajaran, bersesuaian dengan pendekatan

moral, pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan dalam teori Pengkaedahan Melayu (Hashim

Awang). Di samping itu, keperluan kasih sayang adalah peringkat keperluan kanak-kanak

yang paling dominan dipaparkan dalam kesemua cerpen kanak-kanak yang dikaji. Signifikan

kajian ialah satu penemuan pola pemikiran yang berstruktur, bervisi, bermutu, memenuhi

aspirasi nasional dan dapat memenuhi keperluan kanak-kanak terhasil menerusi kajian ini.

Malah, penemuan baharu terhasil apabila terbinanya satu model keperluan kanak-kanak hasil daripada

gabunganjanaan teori Hierarki Keperluan Manusia (Maslow) dengan teori Pengkaedahan Melayu

(Hashim Awang) yang dapat memberi input kepada para pengarang cerpen kanak kanak

untuk menghasilkan cerpen yang benar-benar bermutu dan lari dari kelompangan

'pemikiran' yang sedia ada.