Keberkesanan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid sekolah rendah dalam topik Operasi Asas Matematik
<p>Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan m-pembelajaran berasaskan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid dalam topik Operasi Asas Matematik bagi murid Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi- eksperimental dengan bilangan sampel seramai 60...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6984 |
Tags: |
Add Tag
学习
1
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan m-pembelajaran berasaskan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid dalam topik Operasi Asas Matematik bagi murid Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi- eksperimental dengan bilangan sampel seramai 60 murid dari dua kelas tahun tiga iaitu satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan rawatan menjalani pendekatan mpembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot! berasaskan permainan dan satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan kawalan yang menjalani pendekatan pembelajaran konvensional. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan berlangsung selama empat minggu. Data dikumpulkan melalui soal selidik untuk mengukur tahap minat murid terhadap aplikasi Kahoot! dan satu set soalan ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 32 soalan aneka pilihan untuk mengukur pencapaian. Data dianalisis dengan menggunakan pengukuran kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi menggunakan ujian-t bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil analisis ujian-t bagi ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan menunjukkan nilai yang signifikan iaitu dengan nilai t=4.684, p=.000 (p<0.05) begitu juga ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dengan nilai t=1.568, p=.000 (p<0.05). Selain itu, dapatan minat murid menunjukkan nilai min adalah melebihi 4.0 (min=4.53) iaitu dalam skala sangat setuju dalam menggunakan aplikasi Kahoot! ketika sesi pembelajaran. Kesimpulannya, pencapaian dan minat murid dalam penggunaan m-pembelajaran berasaskan aplikasi Kahoot! dalam topik Operasi Asas Matematik Tahun Tiga lebih tinggi berbanding pendekatan pembelajaran konvensional. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan aplikasi Kahoot! dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan pencapaian dan minat murid.</p> |
---|