Kesan penggunaan kaedah respons pembaca dalam pengajaran Bahasa Indonesia bagi tujuan pemahaman karakter pelajar

Kajian ini bertujuan untuk menentukan: (1) kesan penggunaan kaedah respons pembaca dalam pengajaran Bahasa Indonesia bagi tujuan pemahaman karakter pelajar berdasarkan tema-tema: kejujuran, kedisiplinan, tanggung jawab, kepedulian, toleransi, gotong royong, kesantunan, dan percaya diri: (2) menentuk...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Alpansyah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6986
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan: (1) kesan penggunaan kaedah respons pembaca dalam pengajaran Bahasa Indonesia bagi tujuan pemahaman karakter pelajar berdasarkan tema-tema: kejujuran, kedisiplinan, tanggung jawab, kepedulian, toleransi, gotong royong, kesantunan, dan percaya diri: (2) menentukan sama ada terdapat perbezaan pencapaian skor pemahaman nilai-nilai karakter bagi pelajar lelaki (L) dengan perempuan (P) berdasarkan tema-tema: kejujuran, kedisiplinan, tanggung jawab, kepedulian, toleransi, gotong royong, kesantunan, dan percaya diri. Kaedah penyelidikan menggunakan desain kuasi eksperimen dengan dua metode yang berbeza: kumpulan eksperimen menggunaan kaedah respons pembaca dalam pengajaran bahasa Indonesia (KRPDPBI), dan kumpulan kawalan menggunaan kaedah sedia ada dalam pengajaran Bahasan Indonesia (KSDDPBI). Seramai 72 pelajar sekolah menengah pertama (SMP) dipilih sebagai sampel dan mereka dibagi menjadi dua kumpulan, 36 pelajar daripada kumpulan ekperimen dan 36 pelajar daripada kumpulan kawalan. Kesan penggunaan kaedah respons pembaca dalam pengajaran Bahasa Indonesia bagi tujuan pemahaman karakter pelajar dianalisis dengan menggunakan t-test dan menentukan sama ada terdapat perbezaan pencapaian skor pemahaman nilai-nilai karakter bagi pelajar lelaki (L) dengan perempuan (P) dianalisis dengan menggunakan independent sample t-test daripada perisian SPSS ver. 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa signifikan pencapaian skor pemahaman nilai-nilai karakter t=-43.160, df=70, dan p=0.00. Sama ada signifikan perbezaan pencapaian skor pemahaman nilai-nilai karakter bagi pelajar lelaki (L) dengan perempuan (P) t=-.052, df=34, dan p=0.959 maknanya tiada berbeza secara signifikan. Implikasinya adalah kajian ini boleh menjadi garis panduan guru Bahasa Indonesia sebagai alternatif bagi membaiki kaedah pengajaran dalam memahamkan nilai-nila karakter kepada pelajar. Bagi institusi sekolah dan penyelenggara pendidikan kajian ini memberikan implikasi bagi memperkasa kualiti pembelajaran Bahasa Indonesia bagi membaiki pemahaman nilai-nilai karakter pelajar.