Pendidikan anak-anak orang Melayu di Sekolah Inggeris Daerah Kota Setar, 1909-1957

Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Anak-Anak Orang Melayu DiSekolah Inggeris Daerah Kota Setar, dari tahun 1909 sehingga 1957. Objektifkajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang pendidikan orang Melayu di daerahKota Setar. Selain itu, kajian ini turut mengkaji pendidikan anak-ana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Qiwamuddin Alif Mahamad Najib
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6998
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Anak-Anak Orang Melayu DiSekolah Inggeris Daerah Kota Setar, dari tahun 1909 sehingga 1957. Objektifkajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang pendidikan orang Melayu di daerahKota Setar. Selain itu, kajian ini turut mengkaji pendidikan anak-anak orangMelayu ke sekolah Inggeris kerajaan di daerah Kota Setar dari tahun 1909sehinggalah tahun 1957. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisisperkembangan pendidikan anak- anak orang Melayu di sekolah Inggeris kerajaandaerah Kota Setar. Di samping itu, kajian ini lakukan adalah untuk menilai kesanpendidikan Inggeris ke atas anak- anak orang Melayu di daerah Kota Setar. Kajianini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan di perpustakaan danarkib. Maklumat-maklumat tersebutdiperoleh melalui sumber primer dan sekunder.Sumber primer tersebut merujuk kepada analisis dokumen seperti Colonial Office(CO), Annual Report, dan fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dari Arkib NegaraMalaysia. Selain itu, sumber sekunder seperti penulisan ilmiah dari Arkib NegaraMalaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) danUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut digunakan. Di samping itu, kajian initurut menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan seperti di sekolah-sekolah yangdikaji. Hasil kajian mendapati British telah membuat perubahan dalam pelajaranInggeris di daerah Kota Setar. Pada awalnya, daerah Kota Setar mengamalkansistem pendidikan secara tidak formal dan secara tradisional iaitu pengajian secaratidak langsung, pengajian di pondok-pondok dan di masjid-masjid. Namun setelahkemasukan British, sistem pendidikan Inggeris yang diperkenalkan olehnyamemberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu untuk mempelajari pelajaranInggeris bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka. Justeru, kajian ini dijalankanbagi melihat pendidikan anak-anak orang Melayu di sekolah Inggeris daerah KotaSetar yang dibawa oleh British bagi membantu melicinkan pentadbiran negeri sertameningkatkan taraf hidup masyarakat daerah Kota Setar sepanjang pendudukanBritish di Kedah khususnya daerah Kota Setar.