Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks BraillePendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara(PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkanmodel penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KI...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norzuraina Mohd Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks BraillePendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara(PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkanmodel penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakanreka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orangmurid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalahberdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori PembelajaranTingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkanBTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong proses PdPc. Hasil pemerhatian dan temubual pada peringkatpenilaian input (I) pula mendapati ketidaksesuaian daripada aspek transkripsi, reka letak, dansusun atur teks Braille dalam BTBPKT1 mengganggu keupayaan membaca dalam kalangan murid danseterusnya mengganggu kebolehbelajaran yang melibatkan kefahaman terhadap kandungannya. Hasiltemubual dan pemerhatian pada peringkat penilaian proses (P) menunjukkan terdapat masalah dalamproses PdPc, terutamanya kemahiran guru dan murid dalam Braille, pengetahuan guru terhadap seni danmodifikasi, masa penggunaan BTBPKT1, masa proses PdPc, cara penggunaan BTBPKT1, dominasi guru dalamproses PdPc, dan kreativiti murid. Tambahan pula, penggunaan BTBPKT1 di dalam kelas berada padatahap minimum. Manakala, pada peringkat penilaian produk (P), didapati aspek kebolehbelajaranBTBPKT1 meningkat menerusi tugasan yang dihasilkan. Kesimpulannya, BTBPKT1 sesuai digunakan olehmurid, namun mereka memerlukan bantuan guru berkemahiran. Implikasi daripada kajian ini adalahterdapatnya keperluan bagi penggunaan BTBPKT1 dalam proses PdPc, namun kompetensi guru perludimantapkan. BTBPKT1 juga perlu ditambahbaik di dalam aspek transkripsi dan modifikasi bagimemenuhi keperluan murid untukkesamarataan dalam pendidikan.