Pembangunan dan keberkesanan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Empat

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity dan untuk menentukan keberkesanan modul amali tersebut terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Empat. Modul amali ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan Sembilan Peristiwa Gagne. Satu kajian berbentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairunnissa Zahidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7002
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity dan untuk menentukan keberkesanan modul amali tersebut terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Empat. Modul amali ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan Sembilan Peristiwa Gagne. Satu kajian berbentuk eksperimen dijalankan bai menilai keberkesanan modul tersebut. Seramai 70 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah Bagan Datuk yang dipilih secara teknik persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan yang menggunakan Modul Amali keelektromagnetan Beteraskan Audacity dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah amali konvensional. Kajian ini menggunakan set soalan ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang mengunakan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity mengalami peningkatan yang signifikan berbanding pencapaian pelajar kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah amali konvensional. Kajian ini menyimpulkan bahawa penggunaan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity telah berjaya meningkatkan pencapaian murid Tingkatan Empat bagi topik Elektromagnet. lmplikasi kajian menunjukkan menunjukkan kaedah penggunaan Modul Amali Keelektromagnetan Berteraskan Audacity sesuai digunakan sebagai salah satu inovasi untuk menambahbaik kaedah amali konvensional.