Pembangunan dan persepsi pelajar terhadap Et-Game bagi konsep entalpi dalam tajum termokimia di peringkat matrikulasi
Kajian ini bermatlamat untuk membangunkan satu permainan ET-Game bagi konsepentalpi dalam termokimia peringkat matrikulasi dan menentukan persepsi pelajarterhadap permainan tersebut. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk danpembangunan berdasarkan model ADDIE. Teknik pensampelan rawak kelompokdi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7006 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bermatlamat untuk membangunkan satu permainan ET-Game bagi konsepentalpi dalam termokimia peringkat matrikulasi dan menentukan persepsi pelajarterhadap permainan tersebut. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk danpembangunan berdasarkan model ADDIE. Teknik pensampelan rawak kelompokdigunakan melibatkan 60 orang pelajar Program Matrikulasi Sistem Dua Semester disalah sebuah Kolej Matrikulasi Malaysia. Tiga instrumen yang telah disahkan olehpakar, iaitu borang penilaian kesahan kandungan ET-Game, borang soal selidikkebolehpercayaan ET-Game dan borang soal selidik persepsi pelajar digunakan dalamkajian ini. ET-Game yang dibangunkan memperolehi peratusan persetujuan kesahankandungan yang tinggi iaitu 91.49%. Data juga memaparkan ET-Game mempunyainilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu sebanyak 0.90. Nilai persepsi pelajarkumpulan sasaran terhadap ET-Game dari segi matlamat (M = 4.55, SP = 0.524), rekabentuk kad permainan (M = 4.72, SP = 0.502), komponen dan organisasi (M = 4.37,SP = 0.674), kebolehmainan (M = 4.61, SP = 0.522) dan kepenggunaan (M = 4.54, SP= 0.558) masing-masing memperolehi nilai skor min yang tinggi. Skor min yangtinggi menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi terhadap aspek dalam soal selidikpersepsi. Kesimpulannya, kajian ini telah membangunkan satu permainan ET-Gameyang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Tambahan pula, pelajarjuga menunjukkan persepsi yang positif terhadap permainan berdasarkan lima aspekiaitu matlamat, reka bentuk kad permainan, komponen dan organisasi, kebolehmainanserta kepenggunaan. Implikasi kajian ini memaparkan ET-Game mengutamakanpembelajaran berpusatkan pelajar melalui permainan kad sesuai digunakan dalamproses pembelajaran dan pemudahcaraan pada abad ke-21 serta mendorongpembelajaran termokimia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. |
---|