Kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep-konsep asas kebarangkalian (IR)
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah kebarangkalian. Kajian ini berfokuskan kepada tiga persoalan kajian. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden dari sebuah sekolah menengah di sekitar daerah Bera, Pahang den...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
語言: | zsm |
出版: |
2014
|
主題: | |
在線閱讀: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=705 |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah kebarangkalian. Kajian ini berfokuskan kepada tiga persoalan kajian. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden dari sebuah sekolah menengah di sekitar daerah Bera, Pahang dengan mengedarkan instrumen kajian iaitu Probability Assessment Test. Enam orang pelajar yang dipilih secara bertujuan daripada sampel yang telah menjawab instrumen kajian ditemu bual untuk meneroka kefahaman dan kesilapan mereka tentang kebarangkalian. Hasil kajian mendapati tahap pemahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian masih pada tahap yang lemah dan perlu diperbaiki. Dapatan kajian menunjukkan jenis kesilapan pelajar yang paling kerap ditemui dalam pembelajaran kebarangkalian adalah salah konsep dan jenis kefahaman, iaitu kefahaman tentang istilah dan simbol yang digunakan dalam pembelajaran kebarangkalian. Kesilapan jenis kecuaian juga berlaku di mana pelajar memandang remeh ke atas sesetengah perkara. Kesilapan pemahaman terhadap soalan juga menyebabkan pelajar menggunakan bahasa rekaan sendiri bagi menerangkan istilah dan konsep yang disoal kepada mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemahaman istilah dan simbol dalam pembelajaran kebarangkalian perlu diberi penekanan oleh guru dalam pengajaran mereka. |
---|