Perspektif pelajar pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) terhadap amalan pengajaran pensyarah

Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti perspektif pelajar pendidikan awal kanakkanak

terhadap amalan pengajaran pensyarah. Responden kajian adalah seramai 297

orang iaitu pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norrulkamari Daud
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7077
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti perspektif pelajar pendidikan awal kanakkanak

terhadap amalan pengajaran pensyarah. Responden kajian adalah seramai 297

orang iaitu pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 4 dan semester

5. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen

kajian ini menggunakan borang soal selidik lima skala likert yang berfokus kepada

tiga konstruk utama iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan masa.

Anlisis deskriptif, ujian-t dan korelasi digunakan melalui perisian SPSS versi 20.0.

Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan tem yang dibina ialah 0.942. Hasil kajian

mendapati kualiti pengajaran mencatatkan min tertinggi iaitu 4.58 bagi tem bahan

pembelajaran dimuatnaik dalam MyGuru, manakala min terendah iaitu 4.12 bagi item

pensyarah menggunakan kepelbagaian ABM dalam pelaksanaan PdP. Selain itu, hasil

ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara perspektif pelajar

semester 4 dan semester 5 bagi ketiga-tiga konstruk, dengan nilai p bagi tahap kualiti

pengajaran p>0.05 = 0.287, kesesuaian aras p>0.05 = 0.446 dan masa p>0.05 = 0.149.

Manakala kekuatan hubungan antara dua pembolehubah adalah kuat iaitu hubungan

kualiti pengajaran dengan kesesuaian aras pengajaran dengan nilai r adalah 0.780 ,

p>0.05, manakala hubungan kualiti pengajaran dengan masa ialah r = 0.783, p>0.05

dan hubungan kesesuaian aras pengajaran dengan masa, r = 0.724, p>0.05.

Kesimpulannya, ketiga-tiga konstruk adalah mempengaruhi tahap amalan pengajaran

pensyarah. Melalui kajian ini dicadangkan agar pensyarah lebih kreatif menggunakan

ABM yang bersesuaian dengan aktviti PdP. Implikasinya, pensyarah seharusnya

meneruskan amalan pengajaran sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan PdP serta

berkemahiran dalam mengendalikan PdP dengan lebih berkesan.