Kesan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan (PPBT) terhadap pertuturan Bahasa Melayu murid sekolah rendah di Singapura

Kajian ini mengetengahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan

(PPBT) bagi merangsang murid-murid yang terdiri daripada penutur natif Melayu

untuk bertutur bahasa Melayu. Dasar kedwibahasaan di Sing...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainaba Omar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7083
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini mengetengahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan

(PPBT) bagi merangsang murid-murid yang terdiri daripada penutur natif Melayu

untuk bertutur bahasa Melayu. Dasar kedwibahasaan di Singapura yang menekankan

pembelajaran bahasa Inggeris dan satu bahasa ibunda menyebabkan murid-murid yang

mengambil bahasa Melayu tidak berupaya bertutur bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini

bertujuan meneroka keberkesanan PPBT untuk mengajar kemahiran bertutur bahasa

Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan bagi mengkaji keberkesanan PPBT untuk

mengajar kemahiran bertutur kepada murid sekolah rendah di Singapura. Kajian ini

melibatkan murid darjah lima dari dua buah sekolah yang berbeza. Sebuah sekolah

dengan murid seramai 30 murid menjadi kumpulan rawatan manakala sebuah sekolah

lagi dengan 22 murid sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan

PPBT dan kumpulan kawalan menggunakan pendekatan konvensional. Ujian pra

dijalankan sebelum kumpulan rawatan menjalani pembelajaran menggunakan PPBT

dan kumpulan kawalan menggunakan pendekatan konvensional. Kedua-dua kumpulan

kemudiannya menjalani ujian pasca. Kumpulan rawatan turut menjawab kajian soal

selidik sebelum dan selepas PPBT. Data yang diperoleh dianalisis secara inferensi dan

deskriptif dengan menggunakan Ujian Wilcoxon Signed Ranks dan Ujian Mann-

Whitney serta SPSS versi 25. Ujian Wilcoxon Signed Ranks menunjukkan perbezaan

signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam aspek kelancaran bagi kumpulan

rawatan dengan nilai Z = -4.075, p < .001. Skor bagi penggunaan kosa kata pula

mempunyai nilai Z = -4.108, p < .001 manakala skor bahasa mempunyai nilai Z = -

3.811, p < .001. Dari segi motivasi dan keyakinan, 100% bersetuju bahawa PPBT

membantu mereka bertutur bahasa Melayu. Kesimpulannya penggunaan PPBT dapat

membantu dalam penguasaan kemahiran bertutur dan meningkatkan motivasi serta

keyakinan untuk bertutur bahasa Melayu. Implikasinya PPBT boleh digunakan oleh

guru-guru Bahasa Melayu, pembina bahan dan juga institut pendidikan perguruan bagi

membantu meningkatkan kemahiran dan motivasi untuk bertutur bahasa Melayu dalam

kalangan murid sekolah rendah di Singapura.