Kepatuhan peniaga makanan Melayu terhadap undang-undang halal di Daerah Muallim, Perak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan peniaga makanan Melayu

terhadap undang-undang halal di daerah Muallim, Perak. Kajian ini juga menilai faktor

yang mempengaruhi peniaga makanan Melayu di daerah Mua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Shahadah Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7089
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kepatuhan peniaga makanan Melayu

terhadap undang-undang halal di daerah Muallim, Perak. Kajian ini juga menilai faktor

yang mempengaruhi peniaga makanan Melayu di daerah Muallim, Perak dalam

mematuhi keperluan halal dan undang-undang halal yang sedia ada dan beberapa

langkah dicadangkan untuk meningkatkan jumlah peniaga makanan Melayu bagi

mematuhi keperluan halal dan undang-undang halal tersebut. Reka bentuk kajian ini

ialah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah gabungan. Seramai 40 orang peniaga

Melayu yang menjalankan perniagaan restoran di daerah Muallim terlibat dalam soal

selidik manakala lima orang peniaga makanan Melayu yang lain bersama dengan empat

orang pegawai pihak berkuasa dipilih untuk sesi temu bual semi-struktur. Data soal

selidik dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif manakala data temu bual

dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian menunjukkan 80% responden

mempunyai tahap kepatuhan yang tinggi manakala 20% lagi mempunyai tahap

kepatuhan yang sederhana tinggi terhadap undang-undang halal. Sembilan daripada 11

kriteria halal memperoleh tahap pengetahuan yang tinggi dengan nilai min melebihi

4.06. Hasil temu bual pula mendapati faktor yang mempengaruhi peniaga makanan

Melayu di daerah Muallim, Perak mematuhi keperluan halal dan undang-undang halal

ialah pengetahuan peniaga makanan Melayu berkaitan dengan halal, kesedaran peniaga

makanan Melayu dan faktor penguatkuasaan pihak berkuasa. Langkah bagi

meningkatkan kepatuhan peniaga makanan Melayu terhadap peraturan halal dan

undang-undang halal ialah dengan meningkatkan kesedaran peniaga makanan Melayu,

menggiatkan pengiklanan program kesedaran yang dianjurkan oleh pihak berkuasa dan

menggubal satu undang-undang yang mewajibkan semua peniaga makanan memohon

sijil halal. Kesimpulannya, kepatuhan peniaga makanan Melayu di daerah Muallim,

Perak terhadap undang-undang halal berada di tahap tinggi. Namun, penambahbaikan

perlu dilakukan dari aspek pengetahuan mereka berkaitan pensijilan halal. Implikasi

kajian menunjukkan galakan dan bimbingan daripada JAKIM dan JAIN membantu

meningkatkan kesedaran para peniaga tentang kepentingan sijil halal. Selain itu, pihak

berkuasa perlu memudahkan urusan permohonan sijil halal agar pemohon tidak rasa

terbeban dengan karenah birokrasi.