Tahap kesediaan guru pelatih UPSI terhadap pelaksanaan Pemikiran Komputasional di sekolah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam melaksanakan Pemikiran Komputasional (CT) di

sekolah. Adalah penting bagi seorang bakal g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Shahril Mohd Napiah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7097
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam melaksanakan Pemikiran Komputasional (CT) di

sekolah. Adalah penting bagi seorang bakal guru untuk mempunyai tahap kesediaan

yang tinggi dalam pelbagai aspek sebelum ditempatkan di sekolah. Namun, tahap

kesediaan ini agak terjejas kerana kurangnya pendedahan terhadap CT yang baharu

diperkenalkan. Justeru itu, satu kajian tinjauan telah dilaksanakan untuk mengenal pasti

tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Seramai

283 responden guru pelatih telah dipilih daripada 11 kumpulan program pengajian

pendidikan dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Pengumpulan

data dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik secara atas talian. Data

dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk mendapatkan maklumat

deskriptif iaitu min, peratusan, sisihan piawai dan maklumat inferensi melalui ujian

Mann-Whitney U dan Kruskal-Wallis. Ini kerana ujian kenormalan Kolmogorov-

Smirnov dan Shapiro-Wilk menunjukkan data bertaburan secara tidak normal.

Keputusan keseluruhan menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih adalah tinggi

dengan min aspek pengetahuan (2.86), kemahiran (3.82) dan sikap (3.85). Keputusan

ujian Kruskal-Wallis telah menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan tahap

kesediaan guru pelatih antara program pengajian bagi aspek pengetahuan (x2 (10, N =

283) = 55.801, p = .000) dan kemahiran (x2 (10, N = 283) = 31.437, p = .000). Namun,

tiada perbezaan daripada aspek sikap (x2 (10, N = 283) = 10.880, p = .367). Implikasi

kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap kesediaan bagi aspek pengetahuan dan

kemahiran yang disebabkan oleh kurangnya pendedahan berkaitan CT dalam semua

kurikulum program pengajian pendidikan. Justeru itu, kajian ini mencadangkan agar

pihak Universiti dan Fakulti dapat memberikan pendedahan berkaitan CT kepada semua

guru pelatih secara formal. Pendedahan secara formal akan dapat meningkatkan tahap

pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dan seterusnya melahirkan guru yang

berkemahiran dalam pelaksanaan Pemikiran Komputasional.