Kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang Asli

Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti imaginasi untuk

pembinaan kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang

Asli. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amar Faez Ahmad Fadzil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7101
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti imaginasi untuk

pembinaan kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang

Asli. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan

menggunakan kaedah analisis meta, temu bual dan soal selidik. Instrumen kajian

terdiri daripada satu set soal selidik pakar dan protokol temu bual pakar untuk

mendapatkan data. Analisis meta dan temu bual dijalankan adalah untuk membina

senarai aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang Asli. Soal

selidik pula digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti-aktiviti

imaginasi untuk murid Orang Asli berdasarkan tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran

mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Teknik

analisis Fuzzy Delphi telah digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan

aktiviti-aktiviti imaginasi tersebut.Sebanyak 30 kajian telah dianalisis dan tiga orang

pakar telah ditemu bual manakala soal selidik melibatkan 25 orang pakar daripada

lapan buah SMOA daerah Kuala Kangsar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 30

jenis aktiviti imaginasi yang boleh dilaksanakan dalam pembelajaran literasi awal

murid Orang Asli. Namun, aktiviti imaginasi yang sesuai dan dapat diguna pakai

untuk kemahiran mendengar dan bertutur adalah sebanyak 18 aktiviti, kemahiran

membaca sebanyak 16 aktiviti dan kemahiran menulis sebanyak 13 aktiviti sahaja.

Dapatan temu bual juga menunjukkan kesemua pakar bersetuju bahawa aktiviti

imaginasi mampu membantu meningkatkan penguasaan literasi awal murid Orang

Asli. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti imaginasi

sesuai diaplikasi dalam pembelajaran bagi membantu murid Orang Asli meningkatkan

penguasaan literasi mereka. Kajian ini memberi implikasi kepada para pendidik murid

Orang Asli untuk dijadikan panduan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti

pembelajaran literasi awal yang sesuai dengan tahap dan persekitaran murid Orang

Asli.