Kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran Sejarah sekolah menengah

Kajian ini bertujuan membina kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran

Sejarah sekolah menengah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi

dengan tiga langkah iaitu analisis meta, temu bual pakar da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hajar Turemen
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7103
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membina kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran

Sejarah sekolah menengah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi

dengan tiga langkah iaitu analisis meta, temu bual pakar dan soal selidik Fuzzy

Delphi. Langkah satu dan dua dijalankan bagi menjawab soalan satu kajian iaitu

menghasilkan senarai aktiviti imaginasi dalam pembelajaran sekolah menengah.

Langkah tiga pula menjawab soalan dua, tiga dan empat kajian iaitu menentukan

kesesuaian aktiviti imaginasi dalam pembelajaran Sejarah sekolah menengah

berdasarkan tiga peringkat imaginasi iaitu sebelum, semasa dan selepas imaginasi

berdasarkan kesepakatan pakar. Sebanyak 26 bahan penyelidikan diekstrak melalui

analisis meta, manakala temu bual pula dijalankan ke atas tiga orang pakar dalam

bidang pendidikan Sejarah. Dapatan analisis meta dan temu bual digabungkan bagi

membentuk 32 aktiviti imaginasi yang kemudiannya dijadikan item dalam soal

selidik. Soal selidik kemudiannya dijalankan ke atas 25 orang pakar dalam bidang

sejarah yang terdiri daripada guru dan pensyarah berpengalaman bagi mendapatkan

kesepakatan mereka terhadap aktiviti imaginasi pada peringkat sebelum, semasa dan

selepas imaginasi. Dapatan soal selidik dianalisis dengan mematuhi tiga syarat Fuzzy

Delphi iaitu nilai purata threshold kurang daripada 0.2 (d < 0.2), kesepakatan pakar

melebihi 75%, dan nilai skor Fuzzy (A) lebih daripada nilai median (nilai cut) 0.5.

Hasil analisis Fuzzy Delphi menunjukkan pakar bersepakat terhadap 12 aktiviti pada

peringkat sebelum imaginasi, 21 aktiviti pada peringkat semasa imaginasi, dan 19

aktiviti pada peringkat selepas imaginasi bagi membentuk kerangka aktiviti imaginasi

dalam pembelajaran Sejarah sekolah menengah. Kesimpulan daripada kajian ini,

kesemua item telah mendapat kesepakatan pakar dengan nilai persetujuan yang baik

dan memenuhi ketiga-tiga syarat Fuzzy Delphi yang perlu dipatuhi. Justeru kerangka

yang dihasilkan diharapkan dapat membantu memberikan panduan kepada guru-guru

Sejarah sekolah menengah dalam merancang aktiviti dan membina bahan

pembelajaran yang menarik.