Kesan modul integrasi Tazkiyah An Nafs terhadap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar tahfiz

<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An- Nafs (MBITN) terhadap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar Tahfiz. Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An-Nafs dibina berdasarkan model Sidek dan Jamaludin manakala elemen motivasi, kecerd...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Zaharen Md Zahir
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7117
標簽: 添加標簽
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An- Nafs (MBITN) terhadap motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar Tahfiz. Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An-Nafs dibina berdasarkan model Sidek dan Jamaludin manakala elemen motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi berdasarkan Teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) oleh Albert Ellis. Seramai 13 orang panel pakar telah mengesahkan modul tersebut dengan indeks kesahan pakar adalah 87.9 peratus. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat semester 4 di Darul Quran, telah dipilih secara rawak daripada 177 orang populasi pelajar kohort tersebut. Seramai 30 orang pelajar telah diletakkan dalam kumpulan kawalan dan 30 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Intervensi rawatan menggunakan modul MBITN telah dijalankan selama 8 minggu. Instrumen kajian terdiri daripada tiga set soal selidik untuk mengukur motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi pelajar. Kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi di mana indeks Alfa Cronbach adalah = 0.97. Dapatan kajian menunjukkan min kumpulan kawalan untuk elemen Motivasi (M = 32.37; SP = 2.29), Kecerdasan Emosi (M = 49.72; SP = 6.87) dan Resiliensi (M = 124.80) adalah lebih rendah daripada kumpulan rawatan. Min untuk elemen Motivasi (M = 76.60; SP = 6.73), Kecerdasan Emosi (59.20; SP = 7.69) dan Resiliensi (M = 145.37; SP = 11.96) pelajar kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan setelah lapan minggu mengikut modul MBITN. Ujian-t juga dijalankan untuk menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara min ujian pra dan min ujian pos untuk ketiga-tiga elemen. Hasil ujian-t untuk Motivasi adalah [t(29) = -34.44; p<0.05); Kecerdasan Emosi [t(29) = -5.22, p<0.05]; dan Resiliensi [t(29) = - 6.77; p<0.05]. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa Modul Bimbingan Integrasi Tazkiyah An-Nafs (MBITN) ini adalah berkesan untuk meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi dan resiliensi dalam kalangan kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Implikasi kajian adalah sumbangan kajian ini dalam bentuk satu modul integrasi spiritual yang baharu yang boleh digunakan bukan sahaja kepada institusi tahfiz tetapi juga kepada institusi pendidikan yang lain.</p><p></p>