Pembinaan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa Arab

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman

membaca teks bahasa Arab. Proses pembinaan modul berdasarkan adaptasi Model Sidek melalui

tiga fasa utama iaitu, analisis keperluan; r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nooraihan Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7128
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman

membaca teks bahasa Arab. Proses pembinaan modul berdasarkan adaptasi Model Sidek melalui

tiga fasa utama iaitu, analisis keperluan; reka bentuk dan pembinaan; penilaian dan

pelaksanaan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam semua fasa pembinaan melalui

pemerhatian, temubual separa berstruktur, kajian kepustakaan, bukti dokumen, ulasan dan komen

peserta kajian. Data kualitatif disokong oleh data kuantitatif yang diperolehi daripada soal

selidik kesahan kandungan modul oleh empat orang pakar bidang, dan ujian pencapaian (pra

dan pasca) oleh 30 orang responden. Data kualitatif dianalisis dengan mereduksikan,

memaparkan, dan membuat kesimpulan serta pengesahan data. Data kuantitatif dianalisis

menggunakan kadar peratusan dan kekerapan bagi soal selidik kesahan modul dan ujian t bagi ujian

pencapaian menggunakan aplikasi Microsoft Exel dan SPSS. Dapatan kajian fasa satu menunjukkan

wujudnya keperluan kepada pengajaran strategi pemahaman membaca (adaptasi kaedah Survey,

Question, Read, Recite, Review-SQ3R) secara bermodul. Fasa kedua telah menghasilkan draf modul

secara tersusun dan mempunyai kesahan yang tinggi berdasarkan penilaian kesahan kandungan

oleh pakar bidang. Rumusan ujian t pra kefahaman dan pasca kefahaman menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan (P<.000) bagi tahap ujian kefahaman pelajar sebelum dan

selepas mereka menggunakan modul. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

(P<.000) bagi tahap masa pelajar menjawab soalan sebelum dan selepas mereka menggunakan

modul. Maka, pelaksanaan modul ini adalah efektif untuk membantu meningkatkan kefahaman

pelajar ketika membaca teks bahasa Arab dengan lebih tepat dan pantas. Kesimpulannya,

modul yang terhasil daripada proses pembinaan secara sistematik ini, mampu meningkatkan

kebolehan pelajar memahami bacaan bahasa Arab dengan lebih tepat dan pantas. Kajian ini

telah membawa kepada penghasilan model pembinaan modul pembelajaran kendiri dan

model strategi membaca yang dikenali sebagai SQR (Survey, Question, Read) yang

baharu. Penghasilan dan penggunaan modul pembelajaran kendiri ini relevan dengan tuntutan Dasar

Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang ingin memastikan setiap murid Islam

berpeluang mengikuti Pendidikan Islam dan bahasa Arab yang berkualiti.