Pemikiran logik sebagai pengantara hubungan antara Amalan Pembelajaran Penyebatian dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Amalan

Pembelajaran Penyebatian (APP) iaitu Aktiviti Berpusatkan Pelajar, Soal Jawab dan Pemodelan Guru di

dalam pembelajaran Pendidikan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7129 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Amalan

Pembelajaran Penyebatian (APP) iaitu Aktiviti Berpusatkan Pelajar, Soal Jawab dan Pemodelan Guru di

dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Ia juga bertujuan mengenal pasti persepsi terhadap Pemikiran

Logik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Model kajian dibina berdasarkan Model

Pembelajaran Penyebatian (Swartz, Fischer & Parks, 1999) sebagai model asas kerangka kajian. Dua

model kajian diuji untuk mengenal pasti kesan pengantaraan pemboleh ubah Pemikiran Logik di dalam

hubungan antara APP dengan KBAT. Model pertama menguji APP sebagai satu konstruk manakala

model kedua menguji APP secara berasingan. Kesaling-hubungan antara pemboleh ubah disahkan terlebih

dahulu supaya kesan pengantaraan boleh diuji. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan

dengan teknik pensampelan rawak, melibatkan seramai 388 responden. Data kajian dianalisis

menggunakan analisis laluan, Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan utama kajian

menjelaskan persepsi positif pelajar terhadap semua pemboleh ubah kajian. Model pertama

yang diuji menunjukkan pemboleh ubah APP memberi kesan signifikan terhadap Pemikiran Logik

(=0.963, p<0.05). Pemboleh ubah Pemikiran Logik juga memberi kesan signifikan terhadap

KBAT (=0.963, p<0.05). Namun, Pemboleh ubah APP tidak memberi kesan signifikan terhadap

KBAT (=0.155, p>0.05). Walaubagaimanapun, pemboleh ubah Pemikiran Logik menjadi pengantara

lengkap di dalam hubungan pemboleh ubah eksogenus APP dan pemboleh ubah endogenus KBAT.

APP secara terpisah turut memberikan dapatan sama yang signifikan kecuali bagi pemboleh ubah

Aktiviti Berpusatkan Pelajar (ABP). Tidak wujud kesaling-hubungan antara ABP dengan

Pemikiran Logik dan KBAT. Ini mengakibatkan tiada kesan pengantaraan Pemikiran Logik di

dalam hubungan antara ABP dengan KBAT. Kesimpulannya model kajian ini menunjukkan pemikiran

logik merupakan pengantara yang signifikan dalam hubungan antara amalan pembelajaran penyebatian

dengan kemahiran berfikir aras tinggi dalam konteks Pendidikan Islam. Adalah diharapkan kajian ini

akan dapat memberikan input berguna bagi guru-guru untuk menambah baik asas penting amalan

pembelajaran dan pemudahcaraan penyebatian di dalam kelas.