Perubahan reka bentuk rumah kediaman tradisi Etnik Penan Kubaan di Sarawak

Etnik Penan terkenal sebagai satu etnik yang mengamalkan cara hidup nomad satu ketika

dahulu dan dikatakan ketinggalan dari arus pemodenan sejagat. Etnik Penan Kubaan di Ulu

Baram, Sarawak tinggal di pedalaman yang...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Najib Esa
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7135
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Etnik Penan terkenal sebagai satu etnik yang mengamalkan cara hidup nomad satu ketika

dahulu dan dikatakan ketinggalan dari arus pemodenan sejagat. Etnik Penan Kubaan di Ulu

Baram, Sarawak tinggal di pedalaman yang tiada kemudahan pengangkutan darat dan

air menyebabkan bantuan oleh kerajaan sukar untuk disalurkan. Objektif kajian

etnografi yang mengambil masa lima tahun ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan perubahan

reka bentuk kediaman apabila etnik Penan ini tidak lagi mengamalkan cara hidup nomad dan

seterusnya mencadangkan satu reka bentuk yang baharu. Metodologi penyelidikan kualitatif ini

menggunakan pendekatan kajian lapangan dan penyelidik sebagai instrumen dengan

kaedah mengukur saiz binaan, temu bual, perbincangan dan pemerhatian. Dapatan secara

temu bual mendapati etnik Penan Kubaan membina rumah mengikut cita rasa pemilik rumah itu sendiri

dengan menggunakan teknologi yang diperoleh dari penempatan berhampiran. Melalui

pemerhatian, reka bentuk serta bahan bina kediaman etnik Penan ini disimpulkan manakala

melalui pengukuran pula, saiz binaan sebenar diperoleh. Melalui perbincangan, dua reka bentuk

kediaman dicadangkan iaitu rumah untuk ketua dan penduduk kampung. Berdasarkan kajian ini

dapat disimpulkan bahawa perubahan telah berlaku dari segi reka bentuk, teknologi binaan

dan luas lantai. Perubahan juga telah berlaku dari segi bahan bina bagi kemasan bumbung dan

dinding manakala struktur binaan menggunakan kayu masih lagi dikekalkan. Pembinaan

kediaman baharu di lokasi yang mudah untuk dihubungi dengan mengekalkan budaya

kediaman sedia ada diharapkan dapat membantu etnik Penan Kubaan menjalani kehidupan yang lebih baik terutama dari segi ekonomi.