Pembangunan kurikulum kursus pengenalan kepada Biola Melayu Asli dalam program pengajian muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Biola merupakan satu alat muzik yang penting dalam persembahan ensembel Melayu

Asli yang berfungsi sebagai pembawa melodi utama dan memainkan kaunter melodi.

Kemahiran permainan biola diwarisi secara informal dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Irfendi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7141
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Biola merupakan satu alat muzik yang penting dalam persembahan ensembel Melayu

Asli yang berfungsi sebagai pembawa melodi utama dan memainkan kaunter melodi.

Kemahiran permainan biola diwarisi secara informal dalam persekitaran masyarakat

Melayu. Kajian ini bertujuan untuk menstrukturkan pengetahuan dan kemahiran biola

Melayu Asli ini ke dalam institusi pendidikan formal dengan membangunkan

kurikulum kursus Pengenalan kepada Biola Melayu Asli dalam program pengajian

muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian yang dijalankan ini menggunakan

pendekatan kualitatif yang dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama pengumpulan

data yang berfokus kepada kerja mengenal pasti kandungan kurikulum yang diperolehi

melalui kaedah temubual penggiat, kajian pustaka dan penganalisaan terhadap rakaman

audio dan video permainan biola Melayu Asli. Fasa kedua memfokus kepada proses

menstruktur kandungan yang telah dikenal pasti ke dalam format proforma kursus. Pada

fasa yang terakhir, pengkaji telah mendapatkan penilaian pakar bagi mendapatkan

maklum balas kesesuaian kurikulum yang telah dibangunkan untuk digunapakai

sebagai satu kursus bagi pengajian muzik. Hasil penilaian pakar telah menjadi panduan

kepada pengkaji untuk menambahbaik proforma yang dibina sehingga akhirnya terhasil

satu kurikulum kursus Pengenalan Kepada Biola Melayu Asli yang lengkap.