Aplikasi Komik Toondoo dalam pengajaran dan pemudahcaraan gaya bahasa puisi Melayu moden

Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk memahami aplikasi Komik

Toondoo dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) gaya bahasa dalam puisi

Melayu moden bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Karen Guob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk memahami aplikasi Komik

Toondoo dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) gaya bahasa dalam puisi

Melayu moden bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Kajian ini dibahagikan

kepada tiga aspek berdasarkan soalan kajian iaitu mengenalpasti masalah dalam PdPc

gaya bahasa puisi Melayu moden, membangunkan rancangan mengajar berbantukan

komik Toondoo dan mendapatkan maklum balas murid terhadap PdPc gaya bahasa

berbantukan komik Toondoo. Teori konstruktivisme oleh Jean Piaget dan Lee

Vygotsky digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan perkembangan kognitif

pelajar melalui pembinaan pengetahuan baharu tentang puisi Melayu moden manakala

teori kolaboratif menerangkan pembelajaran aktif pelajar secara berkumpulan. Reka

bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes dan mengumpul data melalui temu

bual. Lima guru dan 10 pelajar Kesusasteraan Melayu dipilih menjadi informan

menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah protokol temu

bual dan senarai semak pemerhatian. Data dianalisis secara tematik berdasarkan data

temu bual. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif

dan percaya penggunaan komik Toondoo boleh menarik minat mereka untuk belajar

serta membantu meningkatkan pemahaman di samping dapat meransang kreativiti

mereka. Namun dapatan tersebut masih belum cukup untuk mendorong mereka

membina pengetahuan baharu kerana mereka masih mempunyai sikap negatif yang

menjadi masalah sewaktu PdPc dalam aspek sikap malas belajar, kekurangan bahan

bantu belajar dan gagal menguasai bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini

mendapati penggunaan komik Toondoo dalam Pdpc gaya bahasa puisi Melayu moden

memberi kesan yang positif sekiranya guru dan pelajar mampu mengatasi masalah yang

wujud dalam Pdpc. Implikasinya penggunaan komik Toondoo dalam pengajaran dan

pembelajaran gaya bahasa dalam puisi Melayu moden perlu dilaksanakan di sekolah

bagi menambah baik PdPc Kesusasteraan Melayu.