Pembangunan nodel kebolehpasaran graduan pengurusan perniagaan kolej vokasional Malaysia

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan Model Kebolehpasaran

Graduan (GMM) untuk graduan Pengurusan Perniagaan kolej vokasional (KV) Malaysia.

Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau tahap kemahir...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7144 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan Model Kebolehpasaran

Graduan (GMM) untuk graduan Pengurusan Perniagaan kolej vokasional (KV) Malaysia.

Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran dan kebolehpasaran

graduan serta mengenal pasti pengaruh hubungan antara konstruk kemahiran, tingkah laku

kerjaya yang proaktif dan sifat positif dengan kebolehpasaran graduan, di mana pengalaman latihan

(internship training) sebagai moderator. Dalam kajian ini, Teori Modal Insan, Teori Konsep

Kendiri dalam Pembangunan Kerjaya, Model teori Peramal Kebolehpasaran, Model Hubungan

Kerjaya, dan Dimensi Kemahiran Pendidikan Vokasional digunakan. Pendekatan yang

digunakan adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan melibatkan seramai 243

graduan Pengurusan Perniagaan dari KV seluruh Malaysia dan 76 orang majikan. Pemilihan

sampel kajian adalah berdasarkan teknik pensampelan rawak mudah. Dapatan analisis deskriptif

menunjukkan kebolehpasaran graduan adalah pada tahap sederhana tinggi (Min=5.10, Sisihan

Piawai=1.15). Perspektif graduan dan majikan mendapati bahawa kemahiran kebolehkerjaan, kemahiran

asas akademik dan kemahiran teknikal adalah pada tahap tinggi, manakala kemahiran keusahawanan

berada pada tahap sederhana tinggi. Triangulasi digunakan sebagai dapatan kajian

sekunder (sokongan) iaitu melalui sesi temu bual dan analisis dokumentasi. Keputusan ujian Mann

Whitney U menunjukkan bahawa tiada perbezaan perspektif wujud terhadap tahap kemahiran

graduan antara graduan Pengurusan Perniagaan dengan majikan (0.146>0.05). Seterusnya

dapatan analisis PLS-SEM model pengukuran mendapati bahawa nilai CR yang diperoleh untuk setiap

konstruk adalah dalam julat 0.889 hingga 0.990 di mana kemahiran menyumbang nilai (CR)

tertinggi (0.990) dan penglibatan dalam pembangunan dengan nilai CR terendah (0.800).

Manakala dapatan analisis model struktur, pekali laluan model struktur t mendapati sifat positif

(t = 6.300) dan tindakan kerjaya proaktif (t=2.504) mempunyai pengaruh hubungan yang

signifikan terhadap kebolehpasaran di mana kedua-dua konstruk tersebut mempunyai nilai kritikal

t>1.65 (tahap signifikan=0.05). Kemahiran menunjukkan pengaruh hubungan yang paling lemah

terhadap kebolehpasaran (t=0.750). Manakala analisis mendapati bahawa pengaruh

moderator pengalaman latihan terhadap hubungan antara ketiga-tiga konstruk peramal

dengan kebolehpasaran adalah tidak signifikan dengan nilai t<1.65 (tahap signifikan=0.05).

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga konstruk utama adalah penting dalam

menyumbang kepada kebolehpasaran graduan Pengurusan perniagaan KV. Implikasi kajian menunjukkan

bahawa penambahbaikan terhadap sistem pendidikan tertiari adalah perlu supaya graduan

Pengurusan perniagaan KV yang dihasilkan sentiasa dapat memenuhi kehendak dan keperluan

majikan industri. Pembangunan GMM seterusnya akan dapat membantu lebih banyak pihak berkaitan

khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan dan Latihan

Teknikal Vokasional (BPLTV) untuk dijadikan panduan berguna bagi melahirkan graduan Pengurusan

perniagaan KV yang boleh dipasarkan.