Pendekatan komunikatif arab dalam aktiviti PDPC kurikulum Bu\'uth di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

Bahasa Arab berkembang di Malaysia seiring dengan penyebaran agama Islam sejak lebih seribu tahun

lalu. Di negeri Pahang, terdapat sebanyak lapan belas buah sekolah agama kerajaan negeri (SMAN).

Mulai tahun 1993, se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amilrudin Ishak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7146
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Bahasa Arab berkembang di Malaysia seiring dengan penyebaran agama Islam sejak lebih seribu tahun

lalu. Di negeri Pahang, terdapat sebanyak lapan belas buah sekolah agama kerajaan negeri (SMAN).

Mulai tahun 1993, sekolah-sekolah ini menggunakan kurikulum Buuth yang dibawa daripada

Universiti al-Azhar, Mesir. Namun, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas masih banyak menggunakan bahasa ibunda. Kesannya, kemahiran berbahasa Arab dalam

kalangan pelajar sangat lemah, meskipun pelajar telah mengikuti sistem kurikulum ini selama lima

tahun. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanaan pendekatan komunikatif Arab

dalam aktiviti PDPC kurikulum buuth di sekolah menengah agama negeri Pahang. Kajian ini juga

dijalankan untuk mengenalpasti kadar penggunaan bahasa Arab berbanding penggunaan bahasa ibunda

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menfokus kepada komunikasi akademik

dan komunikasi bukan akademik dalam kalangan guru dan murid. Kajian ini menggunakan kaedah kajian

kualitatif deskriptif. Peserta kajian terdiri daripada 20 orang guru dan 625 orang pelajar di

sepuluh buah sekolah menengah agama di negeri Pahang. Instrumen kajian terdiri daripada protokol

temubual dan borang semak pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan kadar komunikasi dalam bahasa

Arab adalah sangat rendah iaitu hanya

17.53 peratus. Pelajar hanya berpeluang untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab pada kadar

3.55 peratus sahaja. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi bahasa Arab dalam kalangan

pelajar dan guru adalah minimum. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa

kemahiran komunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar dan guru adalah kurang memuaskan. Ini

menyukarkan hasrat untuk mencapai matlamat kurikulum iaitu untuk meningkatkan keupayaan

pelajar untuk bertutur dan menguasai bahasa Arab dengan baik. Implikasi kajian

menunjukkan bahawa kaedah pengajaran serta strategi pembelajaran yang dilaksanakan

perlu dinilai semula serta diubahsuai dengan memperkenalkan kaedah

komunikasi bahasa Arab yang baharu.