Potensi inokulan terpilih terhadap penghasilan resin oleh Aquilaria malaccensis Lam

Kajian ini berkenaan potensi inokulan terpilih terhadap penghasilan resin oleh

Aquilaria malaccensis Lam (pokok karas). Objektif utama penyelidikan ialah untuk menghasilkan

inokulan bagi mengaruh pokok karas untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fauzi Elias
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7153
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini berkenaan potensi inokulan terpilih terhadap penghasilan resin oleh

Aquilaria malaccensis Lam (pokok karas). Objektif utama penyelidikan ialah untuk menghasilkan

inokulan bagi mengaruh pokok karas untuk menghasilkan resin. Kawasan kajian terletak

di ladang karas Kampung Tambak, Slim River, Perak yang melibatkan sebanyak 36 pokok karas

berusia enam tahun. Inokulan yang telah dihasilkan dilabel sebagai A, B, C dan D, manakala

inokulan berlabel K merupakan inokulan komersil. Kumpulan kawalan dilabelkan sebagai N, merupakan

pokok sihat tanpa rawatan. Setiap pokok telah disuntik sebanyak 80 ml inokulan. Tempoh masa kajian

adalah selama 12 bulan. Penebangan pokok untuk setiap kumpulan bagi mendapatkan resin yang

terbentuk adalah pada setiap sela masa empat bulan. Pelarut organik; iaitu heksana.

diklorometana dan metanol telah digunakan untuk kaedah pengekstrakkan resin. Ekstrak mentah

resin telah dianalisis menggunakan mesin Gas chromatographymass spectrometry (GC-MS).

Keputusan kajian menunjukkan kesemua inokulan yang dihasilkan berupaya mengaruh

pokok karas untuk menghasilkan resin. Berat resin bagi kesemua ekstrak menunjukkan

peningkatan peratusan daripada bulan ke-4 sehingga bulan ke-8 dan menurun pada bulan

ke-12. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) bagi

parameter berat resin dengan faktor pertumbuhan pokok. Faktor pertumbuhan pokok seperti

ukur lilit, ketinggian pokok dan litupan kanopi mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05) dengan

faktor persekitaran. Analisis regresi linear berganda menunjukkan parameter panjang

translokasi merupakan faktor yang paling mempengaruhi berat resin yang terhasil.

Sejumlah 150 jenis sebatian kimia organik utama dikenal pasti menerusi GC-MS iaitu

terdiri daripada kumpulan asid organik, kumpulan alkaloid, kumpulan alkana, kumpulan kromon dan

kumpulan terpena. Justeru itu, kajian ini telah menunjukkan keupayaan formulasi inokulan kimia yang

dihasilkan mampu mengaruh pokok karas untuk menghasilkan resin. Inokulan B merupakan

inokulan terbaik berdasarkan perbandingan berat resin tertinggi (19.91g), warna resin lebih gelap,

kandungan sebatian kimia utama tertinggi dan kos penghasilan terendah. Implikasi kajian ini adalah

inokulan yang dihasilkan mampu memberi sumbangan yang

positif kepada perkembangan industri gaharu di Malaysia.