Identiti kebudayaan dalam cerita legenda Lombok berdasarkan teori semiotik Peirce

Peranan cerita legenda Lombok adalah sebagai satu kearifan lokal masyarakat yang

mengandungi falsafah dan identiti kebudayaan yang berlaku di Lombok. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti identiti kebudayaan yan...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2021

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7162 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Peranan cerita legenda Lombok adalah sebagai satu kearifan lokal masyarakat yang

mengandungi falsafah dan identiti kebudayaan yang berlaku di Lombok. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti identiti kebudayaan yang terdapat dalam cerita

legenda Lombok dan penganalisisan bentuk-bentuk ikon, indeks dan simbol dengan

konteks budaya masyarakat Lombok. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif

dengan dua kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan

teks. Kaedah analisis kandungan teks bertitik-tolak daripada teori semiotik Charless

Sanders Peirce. Bagi mengenal pasti data, prinsip analisis data yang digunakan adalah

prinsip analisis data menurut Creswell. Kajian ini mendapati lapan identiti kebudayaan

masyarakat Lombok iaitu sistem pengetahuan, bahasa, organisasi sosial, peralatan dan

teknologi, sumber penghidupan, kesenian dan keagamaan. Seterusnya, terdapat

sembilan sistem tanda berupa ikon imej yang menunjukkan identiti kebudayaan

masyarakat tempatan. Manakala sistem tanda yang bersifat indeksikal mendapati

enam jenis yang menandakan kondisi sosial dan kebudayaan, dari aspek simbol pula

terdapat lima jenis simbol. Kesimpulan kajian iaitu terdapat banyak identiti

kebudayaan yang menyentuh segala aspek kehidupan baik kehidupan individu

mahupun komuniti masyarakat di Lombok yang berkait rapat dengan kuasa ghaib dan

keyakinan sehingga membolehkan cerita legenda Lombok menjadi mitos yang kekal

dipercaya hingga sekarang ini. Dapatan memperlihatkan ketajaman pemikiran

masyarakat Lombok dalam menggunakan tanda-tanda baik berupa aspek tanda ikon,

indeks mahupun simbol. Implikasi daripada kajian ini adalah dalam kedua-dua cerita

legenda terdapat banyak identiti kebudayaan dari aspek petanda baik berupa ikon,

indeks dan simbol.