Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (InSel) bagi pelajar matrikulasi

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran

(Integration Self Learning Module Modul InSeL) bagi pelajar matrikulasi.

Pembangunan modul ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif, pembin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairulazuad Husain
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7164
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran

(Integration Self Learning Module Modul InSeL) bagi pelajar matrikulasi.

Pembangunan modul ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif, pembinaan konsep

Matematik, kemahiran berfikir dan pembelajaran kendiri. Pembangunan modul

menggunakan Model Sidek melibatkan dua peringkat iaitu membina draf modul dan

pengujian modul. Kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) ini menggunakan tiga

set soal selidik untuk menilai kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaian modul.

Instrumen penilaian telah disahkan oleh dua orang pakar dengan nilai pekali

kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi instrumen kebolehpercayaan dan kesesuaian

ialah 0.93 dan 0.92 yang dibuat melalui ujian rintis. Kesahan kandungan terhadap

Modul InSeL dibuat oleh tujuh orang pakar yang dilantik dan nilai kesahan ditentukan

melalui indeks kesahan kandungan (CVI). Nilai keseluruhan indeks kesahan

kandungan Modul InSeL adalah tinggi iaitu 0.99 atau 99 peratus bagi kedua-dua nilai

CVI bagi item (I-CVI) dan CVI bagi skala (S-CVI). Seramai 73 orang pelajar matrikulasi

terlibat dalam kajian ini bagi menguji kebolehpercayaan dan kesesuaian modul yang

dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali Alfa Cronbach bagi

kebolehpercayaan Modul InSeL adalah memuaskan iaitu 0.775. Hasil daripada

analisis soal selidik tahap kesesuaian menunjukkan Modul InSeL mencapai tahap

peratus persetujuan yang tinggi iaitu melebihi 90% dengan min bagi ketiga-tiga

konstruk iaitu isi kandungan (3.43), format persembahan (3.49) dan sumber rujukan

(3.38). Ini menunjukkan secara keseluruhan Modul InSeL telah memenuhi piawaian

sesuatu modul dari aspek kandungan dan kualiti modul. Kesimpulannya, kajian ini

berjaya menghasilkan satu Modul Pembelajaran Kendiri Matematik bagi topik

Pengamiran bagi pelajar matrikulasi yang menepati keperluan silibus yang telah

ditetapkan. Implikasinya, Modul InSeL membolehkan pelajar mempelajari topik

Pengamiran secara kendiri.