Tradisi pengebumian kubur gantung dalam masyarakat kampung Tellian Mukah, Sarawak 1800 1900

Objektif kajian ini memfokuskan tentang tradisi pengebumian kubur gantung dalam

kalangan masyarakat Melanau tradisional di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak. Kajian ini merangkumi

asal-usul masyarakat Melanau, proses...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kang, Sherrylyn
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7233
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Objektif kajian ini memfokuskan tentang tradisi pengebumian kubur gantung dalam

kalangan masyarakat Melanau tradisional di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak. Kajian ini merangkumi

asal-usul masyarakat Melanau, proses pengebumian tradisional, analisis fizikal dan

kesinambungan dengan kepercayaan Likow serta status social seseorang individu. Kajian ini

menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menekankan kaedah etnoarkeologi dengan membuat

kajian lapangan ke kawasan kajian iaitu di Kampung Tellian. Dengan kaedah tersebut, maklumat

mengenai tingkah laku dan sosiobudaya masyarakat Melanau dapat dikaitkan dengan kewujudan kubur

gantung di kampung tersebut. Rujukan ke perpustakaan tempatan seperti Pustaka Negeri Sarawak juga

dilakukan untuk menganalisis sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan kajian. Kaedah temu bual

juga dilakukan bersama- sama sejarawan tempatan di Kampung Tellian untuk mengesahkan kesahihan

maklumat sekunder yang telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kubur gantung merupakan

pengebumian yang dikhaskan untuk golongan bangsawan dan juga pertengahan yang kaya sahaja sebelum

dikebumikan di dalam jerunei. Hal ini membuktikan bahawa kubur gantung ini sememangnya merupakan

pengebumian primer masyarakat Melanau Likow. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

secara fizikal dari segi bentuk pembinaan kubur gantung golongan bangsawan dan golongan

pertengahan. Pengebumian kubur gantung telah berkurangan semenjak campur tangan penjajah

Inggeris bermula pada tahun 1860 apabila pengebumian jerunei dilarang untuk dipraktiskan.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tradisi pengebumian ini sudah tidak diamalkan lagi

disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, kajian ini sangat penting untuk mengenali kewujudan

kubur gantung terutamanya dari segi ciri-ciri fizikalnya yang mampu mencerminkan taraf hidup dan

status social seseorang individu dalam masyarakat. Secara keseluruhannya, implikasi kajian

ini sangat penting khususnya kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia dalam

usaha untuk mengekalkan dan menyebarluaskan pengetahuan berkaitan kubur gantung yang semakin pupus.

Di samping itu, kajian ini juga memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada masyarakat tempatan

mahupun luar negara dalam mengenali dan sekaligus

memahami tradisi pengebumian di Sarawak dan Melanau amnya.