Pembangunan modul Bio-GamyX dan kesannya terhadap motivasi, penglibatan dan pencapaian topik komposisi Kimia dalam sel

Kajian ini bertujuan membangunkan modul Bio-GamyX dan menentukan kesannya

terhadap motivasi, pelibatan dan pencapaian topik Komposisi Kimia Dalam Sel.

Kajian ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa pembangunan modu...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7238 |
Tags: | Add Tag |
Summary: |
Kajian ini bertujuan membangunkan modul Bio-GamyX dan menentukan kesannya

terhadap motivasi, pelibatan dan pencapaian topik Komposisi Kimia Dalam Sel.

Kajian ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa pembangunan modul dan fasa menilai

kesan modul. Reka bentuk kajian pembangunan digunakan dalam fasa pertama

manakala reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam fasa kedua.

Pembangunan modul Bio-GamyX adalah berpandukan integrasi Model

Pembangunan Modul Sidek dan Lima Langkah Mengaplikasi Elemen Gamifikasi

Dalam Pembelajaran. Kesahan modul dinilai oleh sembilan pakar menggunakan dua

instrumen iaitu soal selidik kesahan modul dan soal selidik kesahan aktiviti modul

dengan indeks kesahan masing-masing 0.84 dan 0.88. Nilai kebolehpercayaan

modul (Alpha Cronbach = 0.71) diperoleh melalui kajian rintis. Pada fasa kedua,

responden kajian terdiri daripada 99 orang murid Biologi Tingkatan Empat daripada

tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kinta Selatan yang dipilih

menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Responden dibahagikan

kepada 53 orang murid dalam kumpulan rawatan dan 46 orang murid dalam kumpulan

kawalan. Tiga instrumen digunakan iaitu Skala Motivasi Akademik Untuk

Pembelajaran Biologi, Inventori Pelibatan Murid dan Ujian Pencapaian Komposisi

Kimia Dalam Sel. Data dianalisis secara statistik inferensi. Dapatan analisis

MANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pos

antara kumpulan bagi motivasi [F (1, 96) = 18.87, p < .05], pelibatan [F (1, 96) =

10.82, p < .05] dan pencapaian [F (1, 96) = 6.28, p < .05] dengan ujian pra

pencapaian sebagai kovariat. Dapatan analisis MANOVA pengukuran berulang juga

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi min ujian pra dan

ujian pos bagi konstruk-konstruk motivasi, pelibatan dan pencapaian antara keduadua

kumpulan [F (3,95) =451.44, p < .05]. Kesimpulannya, modul Bio-GamyX

dapat meningkatkan tahap motivasi, pelibatan dan pencapaian murid secara

signifikan. Implikasinya, modul Bio-GamyX berkonsepkan gamifikasi boleh

dijadikan kaedah pembelajaran alternatif kepada guru untuk meningkatkan motivasi,

pelibatan dan pencapaian murid bagi topik Komposisi Kimia Dalam Sel.