Puteh Mariah tokoh politik wanita pejuang kesedaran kemerdekaan 1946-1957

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Puteh Mariah sebagai tokoh politik wanita yang

berjuang membawa kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1946 hingga 1957. Kajian ini

menilai ketokohan, per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Jefferi Mat Lazim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7242
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Puteh Mariah sebagai tokoh politik wanita yang

berjuang membawa kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1946 hingga 1957. Kajian ini

menilai ketokohan, perjuangan dan peranan beliau dalam memberi kesedaran kepada kaum wanita dan

orang Melayu bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini mengetengahkan ketokohan beliau

sebagai seorang ahli politik dan menilai perjuangan beliau dari aspek politik, pendidikan, sosio

ekonomi dan kebajikan orang Melayu. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuk temubual bersama

anaknya dan rakan seperjuangannya. Dapatan temubual menunjukkan beliau seorang tokoh politik yang

komited dalam perjuangan membela nasib orang Melayu. Puteh Mariah adalah Ketua Kaum Ibu UMNO yang

pertama namun tidak dikenali jika dibandingkan dengan Ketua Kaum Ibu UMNO yang lain. Beliau aktif

berjuang dan sumbangan terhebat Puteh Mariah adalah kejayaan beliau membawa kesedaran kepada lebih

16, 000 kaum wanita dari serata negeri untuk bersatu di bawah Kaum Ibu UMNO bagi merealisasi

kemerdekaan Tanah Melayu. Pencapaian ini merupakan satu revolusi kebangkitan kaum wanita yang

hebat, bersatu melaungkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau memegang berbagai jawatan berkaitan

kepentingan wanita dan orang Melayu. Atas sumbangan dan keistimewaannya, beliau telah dikenali

sebagai the one and only oleh New Straits Times. Sebagai seorang ahli politik dan ahli Majlis

Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1955, beliau melaksanakan tanggungjawabnya dengan

cemerlang memperjuangkan isu-isu berkaitan kaum wanita dan orang Melayu. Halangan dan cabaran yang

beliau hadapi adalah membawa kaum wanita Melayu keluar dari adat dan pemikiran sempit masyarakat

Melayu pada ketika itu, keberanian dan semangat juang yang tinggi akhirnya beliau berjaya

menerobos adat dan pemikiran sempit masyarakat Melayu. Suara wanita ini didengari hingga ke

peringkat kebangsaan dan membantu menumbangkan Malayan Union. Implikasi kajian ini menunjukkan

sumbangan serikandi pejuang politik ini dapat mengubah masyarakat dalam membebaskan tanah air

daripada belenggu penjajah. Puteh Mariah merupakan tokoh politik wanita yang berjasa dalam

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kesimpulannya, kajian ini mendapati Puteh Mariah memiliki

beberapa ciri istimewa seperti kebijaksanaan, keberanian, kesungguhan dan jati diri yang kental

menyebabkan beliau berjaya dalam matlamat politik dan perjuangannya. Implikasi kajian ini

menunjukkan sumbangan serikandi pejuang politik ini dapat mengubah

masyarakat dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.