Faktor-faktor kesediaan guru sekolah menengah di daerah Kuantan dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan permainan digital

Kajian ini bertujuan untuk mengenali faktor-faktor kesediaan guru sekolah menengah

di daerah Kuantan dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan permainan digital

semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farah Waheeda Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7243
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenali faktor-faktor kesediaan guru sekolah menengah

di daerah Kuantan dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan permainan digital

semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif berasaskan rekabentuk tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru

sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang. Seramai 341 orang guru telah dipilih

sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihan dibuat secara persampelan rawak mudah.

Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pembelajaran berasaskan permainan

adalah pada tahap sederhana (M=3.12, SP=0.61). Kesediaan guru untuk melaksanakan

pembelajaran berasaskan permainana digital dari aspek kemahiran guru (M=2.80,

SP=0.79), sumber guru (M=2.87, SP=0.69), sikap guru (M=3.43, SP=0.63), latihan

guru (M=2.72, SP=0.75) dan kebimbangan guru (M=3.26, SP=0.69) terhadap

pelaksanaan pembelajaran berasaskan permainan digital adalah pada tahap sederhana.

Analisis lanjutan menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara

kemahiran guru (r = .725, p = .000), sikap guru (r = .602, p = .000), dan latihan guru (r

= .585, p = .000), dengan pelaksanaan pembelajaran berasaskan permainan digital.

Manakala bagi hubungan antara sumber guru (r = .491, p = .000), dengan pelaksanaan

pembelajaran berasaskan permainan digital menunjukkan hubungan signifikan positif

yang sederhana dan, bagi hubungan antara kebimbangan guru (r = -.297, p = .000),

dengan pelaksanaan pembelajaran berasaskan permainan digital menunjukkan

hubungan signifikan negatif yang lemah. Kesimpulannya pelaksanaan pembelajaran

berasaskan permainan digital berada pada tahap sederhana dalam kalangan guru.

Justeru pihak KPM khususnya pihak sekolah seharusnya merancang keperluan latihan

teknologi digital secara formal mengikut bidang mata pelajaran kepada guru-guru,

keperluan menambah dan mempelbagaikan koleksi bahan pembelajaran berasaskan

permainan digital di sekolah serta menyusun semula strategi penyebaran penggunaan

permainan digital dalam kalangan guru di sekolah. Guru pula perlulah mengambil

inisiatif bagi memastikan mereka mampu menjadi agen perubahan yang memastikan

penyebaran teknologi permainan digital dapat disebarkan secara meluas sesuai dengan

perubahan Pendidikan global.