Penilaian pelaksanaan program SUMUR di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Tujuan utama kajian adalah untuk membuat penilaian ke atas pelaksanaan program

SUMUR di Sekolah Agama Menengah Bantuan Kerajaan untuk melihat kemenjadian

murid dari segi akhlak dan sahsiah. Kajian ini menggunakan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: S.Kamisah Suyurno
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7244
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Tujuan utama kajian adalah untuk membuat penilaian ke atas pelaksanaan program

SUMUR di Sekolah Agama Menengah Bantuan Kerajaan untuk melihat kemenjadian

murid dari segi akhlak dan sahsiah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan

menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 297 orang responden yang terdiri

daripada 20 orang pentadbir dan 277 guru di lima buah sekolah telah dipilih melalui

persampelan secara rawak. Instrumen yang yang dibina berdasarkan kepada dimensi

dalam model penilaian KIPP telah memperoleh masing-masing indeks kesahan .861,

.732, .889 dan .967 serta kebolehpercayaan .956, .914, .863 dan .913. Data dianalisis

melalui statistik deskriptif dan inferens. Analisis korelasi Pearson menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat antara dimensi konteks dengan

dimensi produk (r = .543, p = 0.00). Namun begitu berlaku hubungan yang signifikan,

sederhana dan kuat antara dimensi input dengan dimensi proses (r = .111, p = 0.00).

Seterusnya analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa dimensi konteks, input dan

proses mampu menjelaskan 52.7% variasi dari dimensi produk (R2=0.527, F (2,346)

=17.109, p=0.00). Selain itu analisis dimensi konteks secara signifikan mampu

meramalkan dimensi produk (B=0.259, p=0.00), dimensi input juga secara signifikan

mampu meramalkan dimensi produk (B=0.186, p=0.00) dan dimensi proses juga secara

signifikan mampu meramalkan dimensi produk (B=0.486, p=0.00), ini menunjukkan

dimensi proses merupakan peramal terbaik bagi dimensi produk. Kesimpulannya

dimensi proses dalam program SUMUR dapat menjadikan murid lebih berdisiplin dan

sentiasa menjaga kekemasan diri serta membantu guru lebih mengenali murid. Namun

begitu terdapat juga beberapa perkara yang perlu ditambah baik antaranya pemantauan

murid hanya dilakukan oleh guru murabbi sahaja, menggabungkan beberapa program

dan mewujudkan budaya kerja yang positif antara guru dan pentadbir. Implikasi kajian

ini mengharapkan pihak BPI KPM meneliti kembali pelaksanaan program tentang

tujuan utama pelaksanaan kerana ia dapat memberi pengaruh dan impak yang besar

kepada murid khususnya remaja.