Pembangunan manual dan video amali dalam Biologi tingkatan 4 melalui \'E-Pembelajaran\' bagi topik enzim

Perkembangan teknologi pada masa kini secara pesat, terutama perkembangan

dalam multimedia telah memberikan laluan kepada e-pembelajaran. Makmal di sekolah

sering menghadapi masalah seperti radas makmal yang tidak m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Priyashini Letchumanan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7250
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Perkembangan teknologi pada masa kini secara pesat, terutama perkembangan

dalam multimedia telah memberikan laluan kepada e-pembelajaran. Makmal di sekolah

sering menghadapi masalah seperti radas makmal yang tidak mencukupi atau bahan

kimia yang sudah melepasi tarikh luput, makmal yang sesak dan juga bilangan guru

sains dan teknologi yang tidak mencukupi. Ini bermakna pembangunan manual dan

video amali yang berkualiti perlu dihasilkan supaya dapat melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran dengan lancar. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan manual

dan video amali dalam biologi tingkatan empat bagi topik enzim. Kajian ini turut

menentukan nilai kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan manual dan video

amali yang dibangunkan. Manual dan video amali dibangunkan berdasarkan Model

ADDIE dan reka bentuknya berasaskan model Dick and Reiser. Tiga orang pakar guru

biologi telah dilantik untuk menilai kesahan kandungan manual dan video amali.

Seramai 50 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek biologi dari sekolah

menengah kebangsaan di Hulu Selangor digunakan sebagai sampel kajian untuk

melihat kebolehgunaan manual dan video amali. Instrumen kajian yang digunakan ialah

soal selidik yang menggunakan skala likert dan mengandungi 20 items. Hasil data

analisis kajian menunjukkan nilai pekali kesahan kandungan manual dan video amali

ialah 0.83 dan nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha ialah 0.84. Dapatan

kajian menunjukkan nilai min untuk reka bentuk manual dan video amali ialah 4.80 (SP

= 0.22) dan untuk kebolehgunaan pula ialah 4.50 (SP = 0.33). Kesimpulannya, manual

dan video amali mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang

tinggi serta nilai min yang tinggi untuk kebolehgunaannya. Implikasinya, manual dan

video amali ini sesuai digunakan sebagai bahan e-pembelajaran.