Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pentaksiran bilik darjah guru tahap satu di sekolah daerah Gombak

Kajian ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pentaksiran

guru di dalam bilik darjah. Faktor-faktor yang ingin dikenal pasti ialah konsepsi

pentaksiran dan personaliti guru. Kajian ini mengg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Fazlyana Mat Husin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7254
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pentaksiran

guru di dalam bilik darjah. Faktor-faktor yang ingin dikenal pasti ialah konsepsi

pentaksiran dan personaliti guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang

menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 330 orang guru tahap satu dipilih

sebagai responden melalui persampelan rawak berkadar. Sebanyak 30 daripada 68 buah

sekolah rendah daerah Gombak, Selangor dipilih melalui persampelan rawak mudah.

Data dianalisis melalui statistik deskripsi dan inferens. Dapatan deskripsi menunjukkan

bahawa 6 daripada 10 subkonstruk didapati berada pada tahap yang tinggi. Analisis

korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat

antara konsepsi pentaksiran dengan amalan pentaksiran (r=0.615,p=0.00). Namun

begitu, hubungan yang signifikan, positif dan sederhana berlaku di antara personaliti

dengan amalan pentaksiran (r=0.333,p=0.00) dan personaliti dengan konsepsi

pentaksiran (r=0.334,p=0.00). Analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa konsepsi

pentaksiran dan personaliti mampu menjelaskan 39.7% variasi dari amalan pentaksiran

(R2=0.397,F(2,327)=107.468,p=0.00). Konsepsi pentaksiran mampu meramalkan

amalan pentaksiran (Beta=0.567,p=0.00) dan personaliti juga mampu meramalkan

amalan pentaksiran (Beta=0.143,p=0.00). Kesimpulannya konsepsi pentaksiran dan

personaliti mempunyai pengaruh ke atas amalan pentaksiran, dan peramal terbaik bagi

amalan pentaksiran adalah konsepsi pentaksiran. Implikasi kajian ini adalah diharap

pihak KPM dapat memantapkan lagi pengetahuan guru tentang konsepsi pentaksiran

iaitu tentang tujuan pentaksiran dengan menyediakan latihan atau kursus bersesuaian

kerana ia memberi pengaruh yang besar ke atas amalan pentaksiran guru.