Gengsterisme dalam kalangan belia India:kajian kes di Pulau Pinang

Kajian ini dijalankan bagi meneliti masalah gengsterisme dalam kalangan belia India di

Butterworth, Pulau Pinang. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti bentuk-bentuk

gengsterisme, menganalisis faktorfaktor penglibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jeevan Morgan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7262
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bagi meneliti masalah gengsterisme dalam kalangan belia India di

Butterworth, Pulau Pinang. Tujuan kajian ini ialah mengenalpasti bentuk-bentuk

gengsterisme, menganalisis faktorfaktor penglibatan belia India dalam gengsterisme dan

mencadangkan pendekatan yang sesuai bagi membendung gengsterisme dalam kalangan

belia India. Kaedah kualitatif iaitu temu bual berstruktur telah dilaksanakan untuk

mendapatkan maklumat bagi menjawab kesemua persoalan kajian. Selain itu, kaedah

snowball telah digunakan dalam usaha mendapatkan informan-informan yang sesuai

untuk kajian ini. Seramai lapan orang informan telah ditemu bual yang terdiri daripada

tiga orang ahli gengster, seorang peguam, seorang anggota polis, seorang kaunselor

sekolah, seorang wakil badan NGO dan seorang waris kepada banduan. Hasil temu bual

yang diperolehi telah ditranskripsikan kata demi kata. Data ini kemudiannya telah

diaplikasikan dengan Teknik Delphi untuk mendapatkan kesepakatan dalam pendapat

pakar. Bagi menyempurnakan analisis kajian, analisis tematik dilaksanakan dengan

menggunakan pendekatan teori tingkah laku devian dan teori Maslow. Didapati bahawa

terdapat sembilan bentuk perlakuan gengsterisme, tujuh faktor penglibatan belia India

dalam gengsterisme dan empat pendekatan yang sesuai untuk membanteras gengsterisme.

Pergaduhan merupakan bentuk gengsterisme yang utama diikuti kegiatan mengutip wang

perlindungan, kes pembunuhan, menjual dan mengedar dadah, melepak dan berfoyafoya,

kegiatan perjudian, kes rompakan dan kecurian, upacara khas menjadi ahli geng dan

perjumpaan tahunan. Faktor kegagalan ibu bapa dalam mengawal anak mereka menjadi

faktor sebenar yang menyebabkan belia India melibatkan diri dalam gengsterisme diikuti

oleh sikap individu, pengaruh rakan dan individu lain, persekitaran tempat tinggal,

tekanan masalah kewangan, kurang memahami dan mematuhi ajaran agama dan desakan

dan kesukaran hidup. Ternyata bahawa peranan ibu bapa diikuti peranan institusi agama,

peranan penguatkuasa undang-undang dan peranan kerajaan adalah signifikan bagi

membanteras gengsterisme dalam kalangan belia India di Butterworth, Pulau Pinang.

Kajian ini menjadi satu garis panduan kepada ibu bapa serta pihak berkuasa untuk

mengambil tindakan segera dalam usaha menangani gengsterisme.