Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam drama dari perspektif teori teksdealisme

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keunggulan kepengarangan Anwar

Ridhwan dalam drama. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti prinsip

kehadiran, menganalisis prinsip perlanggaran dan pengukuhan dalam drama&l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Muhamad Shahir Ayob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7270
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keunggulan kepengarangan Anwar

Ridhwan dalam drama. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti prinsip

kehadiran, menganalisis prinsip perlanggaran dan pengukuhan dalam drama

serta mengkaji aspek kepengarangan Anwar Ridhwan sebagai pengarang drama.

Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan

dan analisis kandungan teks. Analisis naskhah Kumpulan Drama Anwar

Ridhwan secara deskriptif berdasarkan teori Teksdealisme berpandukan prinsip

kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. Kumpulan Drama

Anwar Ridhwan diterbitkan pada tahun 2009 yang mengandungi tiga buah

drama iaitu Orang-orang Kecil, Yang Menjelma Dan Menghilang dan

Pulang. Dapatan kajian menunjukkan prinsip kehadiran mengenal pasti

sumber pengalaman-pengalaman pengarang sebagai cetusan idea di dalam

karya. Sumber pengalaman tersebut terbahagi kepada dua secara sengaja dan

secara tidak sengaja. Prinsip perlanggaran pula menganalisis sesuatu

pembaharuan atau perubahan yang dilakukan dalam diri pengarang mahupun

terhadap karya pengarang lain. Terdapat tiga perlanggaran di dalam kajian ini

iaitu perlanggaran genre drama, perlanggaran konvensi aliran surealisme dan

perlanggaran bentuk drama sejarah. Kemudiannya, prinsip pengukuhan

menganalisis usaha pengarang melakukan pematangan dengan menyelidik

kekurangan dan memperbaiki bagi mengukuhkan dramanya. Dalam hal ini,

pengarang melakukan pengukuhan dari sudut struktur drama iaitu tema dan plot.

Manakala, prinsip individualisme menganalisis aspek kepengarangan drama

yang dikesan melalui jati diri. Jati diri terbahagi kepada lima iaitu subjektiviti,

stail individu, reka cipta individu, kendiri dan tindakan individu. Kesimpulan

kajian ini menunjukkan bahawa drama yang dihasilkan oleh Anwar Ridhwan

mencapai tahap keunggulan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi

pengetahuan dan panduan kepada bakal pengarang atau pengarang sedia ada

tentang sifat keberanian dan kebijaksanaan kepengarangan drama yang

mengemukakan struktur, bentuk, aliran dan ideologi supaya boleh melahirkan

generasi unggul dan berwawasan.