Pendekatan Guru Pendidikan Seni Visual mengadaptasi elemen dan prinsip Seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual
<p>Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengadaptasi elemen dan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7278 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam bagi beberapa tajuk yang dipilih dalam sukatan matapelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan sesi temu bual terhadap guru. Rekod Rancangan Mengajar Harian guru tersebut dan penghasilan seni pelajar menjadi dokumen penting dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru mampu untuk mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam. Mereka juga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dengan baik, namun kurang menyeluruh dan terperinci. Hasil seni visual yang dihasilkan pelajar dalam aktiviti PdP juga merangkumi elemen dan prinsip seni Islam secara kreatif dan menunjukkan minat pelajar. Proses adaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran PSV, boleh direalisasikan dengan kesungguhan guru meningkatkan pengetahuan dan persediaan PdP yang baik. Dapatan kajian ini diharap mendapat perhatian pihak berkaitan untuk mengetengahkan pendekatan adaptasi seni Islam secara khusus dalam pengajaran dan pembelajaran PSV, seterusnya dapat melahirkan guru dan pelajar yang tahu berapresiasi terhadap hasil karya seni Islam.</p> |
---|