Hubungan kecerdasan emosi, motivasi dan stres dengan pencapaian hafazan Al-Quran pelajar sekolah tahfiz di Negeri Pahang

<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kecerdasan emosi, motivasi dan stres dengan pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah tahfiz di negeri Pahang. Kajian turut mengukur kesan interaksi antara kecerdasan emosi, motivasi, stres dengan pencapaian hafa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saleh Ramli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7281
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kecerdasan emosi, motivasi dan stres dengan pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah tahfiz di negeri Pahang. Kajian turut mengukur kesan interaksi antara kecerdasan emosi, motivasi, stres dengan pencapaian hafazan berdasarkan kepada jantina, umur, lokaliti, dan latarbelakang pendidikan ibubapa. Kajian juga turut mengkaji pengaruh pembolehubah kecerdasan emosi, motivasi dan stres terhadap pencapaian hafazan Al-Quran. Kajian ini berbentuk tinjauan di mana sampel dipilih secara rawak berstrata melibatkan seramai 254 orang pelajar daripada empat buah sekolah menengah tahfiz di negeri Pahang yang menggunakan kurikulum KPM. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi pelajar ialah Emotional Competence Inventory (ECI), manakala Work Preference Inventory (WPI) digunakan untuk mengukur tahap motivasi pelajar, Student Stress Inventory (SSI) untuk mengukur tahap stres pelajar dan pencapaian hafazan pelajar diukur melalui markah peperiksaan Al-Quran. Data dianalisis menggunakan ANOVA dua hala dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan motivasi (r=0.558; R = 0.311; p<0.05) dan pencapaian hafazan Al-Quran (r=0.415; R = 0.172; p<0.05). Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kecerdasan emosi dan pencapaian hafazan Al-Quran daripada aspek umur [F(4, 249) = 1.608; p<0.05], lokaliti [F(1, 252) = 1.742; p<0.05], pendapatan ibubapa [F(3, 250) = 1.556; p<0.05], pendidikan ibu [F(4, 249) = 1.799; p<0.05], dan pendidikan bapa [F(4, 249) = 2.354; p<0.05]. Bagi stres pula terdapat kesan interaksi yang signifikan antara pembolehubah stres dan pencapaian hafazan Al-Quran berdasarkan lokaliti [F(1, 252) = 2.172; p<0.05], pendidikan ibu [F(4, 249) = 1.575; p<0.05], dan pendidikan bapa [F(4, 249) = 1.785; p<0.05]. Bagi faktor motivasi, terdapat kesan interaksi yang signifikan antara motivasi dan pencapaian hafazan Al-Quran berdasarkan umur [F(4, 249) = 1.608; p<0.05], lokaliti [F(1, 252) = 1.950; p<0.05], dan pendidikan bapa [F(4, 249) = 1.880; p<0.05]. Dapatan regresi pula menunjukkan bahawa hanya faktor kecerdasan emosi adalah dominan dalam mempengaruhi pencapaian hafazan ( = 0.415; p<0.05) manakala faktor stres dan motivasi bukan merupakan faktor yang dominan. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan kecerdasan emosi mempengaruhi pencapaian hafazan Al-Quran. Implikasi kajian mencadangkan agar pihak sekolah khususnya dan pihak KPM amnya membuat penambahbaikan modul hafazan Al-Quran dengan memasukkan elemen kecerdasan emosi ke dalam modul tersebut.</p>