Analisis gelagat pembelian secara atas talian dalam kalangan guru-guru di negeri Perak

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis gelagat pembelian secara atas talian

dalam kalangan guru-guru di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif

dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Choy, Sau Khuan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7284
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis gelagat pembelian secara atas talian

dalam kalangan guru-guru di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif

dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian, dan pengumpulan

data menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Seramai 319 responden terlibat

dalam kajian ini yang dipilih melalui pensampelan bola salji. Kesemua responden

merupakan guru yang sedang berkhidmat di sekolah kerajaan di negeri Perak dan

terlibat dengan pembelian secara atas talian. Data yang diperoleh dianalisis

menggunakan ujian min, kekerapan, peratusan, ujian regresi berbilang, dan di proses

menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa platform

yang paling kerap digunakan untuk pembelian secara atas talian adalah Lazada,

Shopee dan Booking.com / Agoda. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jam melayari internet, manakala tiada

perbezaan yang signifikan terhadap jantina dan kelayakan akademik dalam pembelian

secara atas talian. Dapatan dari analisis regresi berbilang menunjukkan faktor

kepuasan membeli (=0.433, p=0.000), harga (=0.138, p=0.001), pengaruh sosial

(=0.132, p=0.000), perkhidmatan disediakan (=0.132, p=0.010), penampilan

produk (=0.115, p=0.002), keselamatan (=0.115, p=0.003), kemudahan (=0.068,

p=0.050) dan jam melayari internet (=0.017, p=0.023) adalah signifikan dan

berkaitan secara positif dengan pembelian secara atas talian. Sebagai kesimpulan,

guru-guru di Perak terlibat dalam aktiviti pembelian secara atas talian. Walau

bagaimanapun, guru-guru hendaklah berbelanja mengikut kemampuan dan tidak

melakukan sebarang pembaziran. Hasil kajian ini berupaya memberikan implikasi

yang berkesan terhadap kepentingan perancangan kewangan dalam kalangan guruguru

supaya dapat membuat pembelian secara berhemah sama ada di atas talian atau

secara tradisional. Kerajaan memainkan peranan dalam langkah-langkah pengawalan

dan pelaksanaan undang-undang untuk memudahkan pembelian secara atas talian

dengan meningkatkan kemudahan dan keselamatan capaian internet yang lebih pantas,

meluas dan murah.