Estetika lagu-lagu Melayu popular berdasarkan aspek seni kata dan melodi lagu
<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur estetika dalam lagu Melayu popular. Reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual untuk menjawab tiga persoalan kajian. Sumber utama kajian ini adalah lima puluh (50) buah lagu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7285 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur estetika dalam lagu Melayu popular. Reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual untuk menjawab tiga persoalan kajian. Sumber utama kajian ini adalah lima puluh (50) buah lagu Melayu popular yang memenangi anugerah-anugerah berprestij di Malaysia anjuran badan penyiaran dan industri muzik dan 34 responden. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berpandukan pendekatan stilistik oleh Tarigan (2009) dan pendekatan muzikologi oleh Sturman (1994) yang dibincangkan secara deskriptif. Kaedah triangulasi yang diubahsuaikan daripada Denzin dan Lincoln (2005) digunapakai melalui analisis seni kata, analisis melodi dan temu bual dengan pencipta-pencipta lagu, penulis-penulis seni kata lagu dan juri-juri. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua unsur estetik gaya bahasa yang paling dominan iaitu unsur perulangan dan perlambangan yang menentukan kekuatan seni kata lagu yang dikaji. Selain itu terdapat dua unsur lagi iaitu unsur pertautan dan pertentangan yang turut melengkap kekuatan estetika seni kata lagu. Dapatan kajian juga menunjukkan interval major kedua dan unsur seni lenggok merupakan unsur-unsur muzikologi terpenting yang menentukan kekuatan melodi dan keunikan dalam sesebuah lagu Melayu. Unsur prosodi dan unsur bunyi merupakan dapatan kajian yang berkait rapat antara melodi dan seni kata lagu. Kesimpulan dari kajian ini, membuktikan bahawa kualiti lagu-lagu Melayu berkaitan secara langsung dengan unsur estetika seni kata dan estetika melodi lagu. Implikasi kajian ini boleh dijadikan asas untuk menilai lagu-lagu Melayu dalam sesuatu penilaian berkaitan dengan kualiti lagu Melayu di samping dapat digunakan untuk dijadikan panduan kepada penulis seni kata dan pencipta lagu yang ingin menghasilkan lagu-lagu Melayu yang berkualiti.</p> |
---|