Kesan modul Boros Maan berasaskan multimedia interaktif terhadap pencapaian kosa kata murid

Kajian ini bertujuan meninjau kesan modul Boros Maan terhadap pencapaian kosa kata

murid tahun empat. Reka bentuk kajian kuantitatif berasaskan kaedah kuasi eksperimen

dilakukan dalam penyelidikan ini. Pemilihan sub...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Tracy Valerian
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7309
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan meninjau kesan modul Boros Maan terhadap pencapaian kosa kata

murid tahun empat. Reka bentuk kajian kuantitatif berasaskan kaedah kuasi eksperimen

dilakukan dalam penyelidikan ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara tidak

rawak. Seramai 40 orang murid tahun empat yang terlibat iaitu 20 orang murid lelaki

dan 20 orang murid perempuan. Lokasi kajian terletak di daerah Tambunan. Data

dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif skor min dan sisihan piawai.

Analisis inferens menggunakan Ujian-t Berpasangan. Hasil kajian menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian

kosa kata murid. Skor min ujian pra murid ialah 35.63 (SP = 13.98) manakala ujian

pasca ialah 85.70 (SP = 14.57). Bagi data inferens, t = 19.5 (df = 39) dengan paras

signifikan bawah 0.05. Jelas bahawa terdapat peningkatan pencapaian murid dalam

kosa kata pada ujian pasca. Implikasi kajian memaparkan bahawa modul Boros Maan

yang berasaskan multimedia interaktif menyumbang kepada peningkatan pencapaian

kosa kata, dan sesuai dijadikan bahan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.