Pelaksanaan pengajaran apresiasi seni guru Pendidikan Seni Visual sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran apresiasi seni dalam

kalangan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah. Penerokaan

meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan kesed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsalawati Wahid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7311
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran apresiasi seni dalam

kalangan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah. Penerokaan

meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan kesedaran guru PSV dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran apresiasi seni. Kajian kualitatif ini

menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai lima orang guru PSV sekolah menengah

dari daerah Gombak, Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Kesemua partisipan ini

terdiri daripada guru opsyen PSV dan mempunyai pengalaman mengajar melebihi tiga

tahun. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen, temu bual, dan

juga pemerhatian. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kandungan

berdasarkan Rubrik Penguasaan Apresiasi Seni. Rubrik ini menjadi alat untuk menilai

penguasaan apresiasi seni kesemua partisipan. Data dianalisis dengan meneliti tema,

subtema dan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan guru PSV di sekolah menengah

mencapai beberapa tahap penguasaan apresiasi seni yang meliputi menguasai dengan

baik, kurang menguasai dan tidak menguasai apresiasi seni. Selain itu kajian ini dapat

melihat pengajaran apresiasi seni yang tidak konsisten antara partisipan kajian

disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekurangan berpengetahuan tentang apresiasi

seni, kesuntukan masa untuk menghabiskan organisasi kandungan pengajaran dan lebih

berfokus kepada penghasilan karya. Guru PSV sekolah menengah menggunakan

pelbagai kaedah seperti memberi penerangan, tunjuk contoh, menyoal, bercerita,

perbincangan dan pembentangan sebagai pendekatan pengajaran dalam menyampaikan

ilmu apresiasi kepada pelajar mereka. Walau bagaimanapun, kualiti pengajaran

apresiasi seni dalam kalangan guru PSV masih boleh dipertingkatkan demi memberikan

keberkesanan yang maksimum dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga mendapati

bahawa tahap kesedaran tentang kepentingan pengajaran apresiasi seni dalam kalangan

partisipan masih lemah. Diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi

pelaksana mengambil perhatian dengan mendedahkan kepentingan apresiasi seni

kepada guru-guru melalui penyediaan pelbagai bentuk latihan dari semasa ke semasa.

Kata kunci: Apresiasi Seni, Pendidikan Seni Visual, Rubrik Penguasaan Apresiasi Seni