Isu sosial dalam hubungan Malaysia-Australia era kepemimpinan Mahathir Mohamad, 1981-2003

Kajian ini bertujuan menganalisis isu sosial yang mengesani hubungan Malaysia-

Australia semasa pemerintahan Mahathir Mohamad antara 1981 hingga 2003. Isu sosial

yang diberi tumpuan ialah pelarian, perundangan dan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elena Cheah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
N/A
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7312
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menganalisis isu sosial yang mengesani hubungan Malaysia-

Australia semasa pemerintahan Mahathir Mohamad antara 1981 hingga 2003. Isu sosial

yang diberi tumpuan ialah pelarian, perundangan dan pendidikan. Kajian ini turut

menilai setiap langkah yang diambil oleh kedua negara khususnya pemimpin Malaysia

yang menerima kesan langsung daripada kemunculan isu tersebut. Kajian ini

menggunakan metodologi Sejarah dengan pendekatan kualitatif. Kaedah sejarah

meliputi empat peringkat iaitu heuristik atau pengumpulan bahan, kritikan sumber,

pentafsiran sumber dan diakhiri dengan penulisan sejarah atau historiografi. Sesuai

dengan pendekatan kualitatif, proses pengumpulan bahan banyak menggunakan kaedah

penyelidikan kepustakaan atau kajian ke atas sumber bertulis yang terdiri daripada

sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada sumber arkib yang

terdiri daripada surat rasmi, dokumen dan gambar. Sumber sekunder pula terdiri

daripada buku, jurnal, sumber atas talian, tesis dan majalah semasa. Sumber yang

diperolehi akan disahkan ketulenan dan kesahihannya melalui kritikan dalaman dan

luaran. Seterusnya sumber tersebut dianalisis dan di tafsir bagi menghasilkan satu idea

yang dapat menyokong pembuktian dalam tesis ini. Hasil pentafsiran sumber tersebut

dipersembahkan dalam bentuk penulisan sejarah yang menggunakan kaedah deskriptif

dan analytikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa isu sosial yang timbul sepanjang

pentadbiran Mahathir Mohamad iaitu pelarian, perundangan dan pendidikan memberi

kesan besar kepada iklim hubungan antara Malaysia dengan Australia. Sifat

kepemimpinan kedua negara amat mempengaruhi langkah penyelesaian isu tersebut.

Kesimpulan daripada kajian menjelaskan tindakan Malaysia yang tidak bertolak ansur

terhadap isu sosial yang mencetuskan ketegangan hubungan kedua negara adalah

berkait rapat dengan kepentingan memelihara kedaulatan negara. Sebagai sebuah

negara merdeka, hubungan luarnya mestilah tidak melewati batasan kedaulatan bagi

memastikan maruah dan keunggulannya sentiasa terpelihara. Implikasi kajian ini

menunjukkan perlunya satu mekanisma dibentuk bagi membolehkan para pemimpin

dan rakyat negara ini memahami keperluan dalam memelihara kedaulatan negara

berlandaskan kepada pengalaman sejarah.