Keberkesanan program latihan keseimbangan terhadap risiko terjatuh dalam kalangan warga tua

Keseimbangan postur merupakan satu proses yang kompleks. Berkeupayaan untuk

bergerak tanpa bantuan merupakan asas pengawalan keseimbangan. Kawalan

keseimbangan merosot apabila umur seseorang semakin meningkat dan bo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Loh, Siew Lee
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7321
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Keseimbangan postur merupakan satu proses yang kompleks. Berkeupayaan untuk

bergerak tanpa bantuan merupakan asas pengawalan keseimbangan. Kawalan

keseimbangan merosot apabila umur seseorang semakin meningkat dan boleh

menyebabkan risiko terjatuh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan

Program Latihan Keseimbangan (PLK) dalam peningkatan kawalan keseimbangan

statik, dinamik dan tahap kefungsian keseimbangan bagi mencegah risiko terjatuh

dalam kalangan warga tua. Kajian ini berbentuk eksperimen benar menggunakan

praujian dan pascaujian dengan kumpulan kawalan. Seramai 78 orang warga tua yang

berumur 65-85 tahun mengambil bahagian secara sukarela dalam kajian ini. Mereka

diagihkan secara rawak kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen (EG),

Kumpulan Plasebo (PG) dan Kumpulan Kawalan (CG). EG menerima intervensi PLK,

PG menerima intervensi Program Latihan Plasebo dan CG tidak menerima sebarang

intervensi, tetapi mengekalkan aktiviti normal. Intervensi bagi EG dan PG dijalankan

selama enam minggu, tiga sesi seminggu selama lebih kurang sejam. Instrumen kajian

ialah Sistem Pemarkahan Ralat Keseimbangan yang menguji keseimbangan statik,

Ujian Keseimbangan Y yang menguji keseimbangan dinamik dan Skala

Keseimbangan Berg yang menguji tahap kefungsian keseimbangan dan ketiga-tiga

instrumen pengukuran tersebut memperoleh kebolehpercayaan uji-ulang-uji yang

tinggi (ICC=0.772-0.903). Berdasarkan keputusan analisis melalui MANOVA,

dapatan kajian menunjukkan bahawa EG berjaya memperoleh peningkatan kawalan

keseimbangan statik [F(4,148)=14.620, p=0.000], kawalan keseimbangan dinamik

[F(6,146)=12.286, p=0.000] dan tahap kefungsian keseimbangan [F(12,140)=2.027,

p=0.026] secara signifikan berbanding dengan PG dan CG. Intervensi PLK selama

enam minggu ini adalah berkesan untuk meningkatkan kawalan keseimbangan statik,

kawalan keseimbangan dinamik dan tahap kefungsian keseimbangan dalam kalangan

warga tua. Disarankan para pegawai kesihatan, pengurus rumah kebajikan warga tua

dan organisasi kesihatan boleh mengguna pakai intervensi PLK bagi meningkatkan

kawalan keseimbangan warga tua serta dapat mengurangkan risiko terjatuh.