Pembentukan model pengukuran pengekalan kerjaya bagi jurutera awam wanita yang telah berkeluarga

Kajian ini adalah untuk membentuk model pengukuran pengekalan kerjaya bagi jurutera awam wanita

yang telah berkeluarga. Kajian ini menggunakan Model Kerjaya Kaleidoskop, Teori Dua Faktor

Herzberg, dan Model Pengekal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ummu Sakinah Mohamad Subri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7322
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah untuk membentuk model pengukuran pengekalan kerjaya bagi jurutera awam wanita

yang telah berkeluarga. Kajian ini menggunakan Model Kerjaya Kaleidoskop, Teori Dua Faktor

Herzberg, dan Model Pengekalan Pekerja sebagai panduan. Reka bentuk kajian adalah menggunakan

pembangunan model pengukuran. Teknik awal yang digunakan dalam pembangunan instrumen kajian ini

adalah teknik Delphi yang telah diubahsuai. Seramai tujuh orang pakar telah dilantik berdasarkan

kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang dikaji. Pakar-pakar tersebut juga telah mengesahkan

lapan sub konstruk bagi dua konstruk utama iaitu keseimbangan hidup dan kepuasan kerjaya dalam

pengekalan kerjaya bagi jurutera awam wanita. Persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam

kajian ini. Instrumen baharu telah dibangunkan dengan lapan sub konstruk dan 68 item serta

diedarkan kepada responden dalam kalangan jurutara awam wanita yang telah berkeluarga untuk melihat

faktor yang menyumbangkan para jurutera awan ini untuk terus kekal bekerja dalam tempoh panjang.

Data empirikal yang dipungut dianalisis dengan statistic infrens iaitu PLS-SEM untuk membentuk

model pengukuran. Rumusan daripada pengesahan pakar Delphi menunjukkan konstruk keseimbangan hidup

mempunyai empat sub konstrak penting iaitu kerjaya fleksibel (M= 4.89; SP= 0.90; = 0.90),

penjagaan anak (M= 4.06; SP= 1.27; = 0.86), cuti (M= 4.78; SP= 0.82; = 0.66), dan

sokongan sosial (M= 4.45; SP= 0.77; = 0.60). Manakala bagi konstruk kepuasan kerjaya pula turut

mempunyai empat sub konstruk penting iaitu, mentor (M= 4.68; SP= 0.95; = 0.61), hubungan rakan

sekerja (M= 4.88; SP= 0.93; = 0.56), kesamarataan jantina (M=

4.65; SP= 1.00; = 0.55), dan gaji (M= 4.60; SP= 0.90; = 0.43). Pusingan ketiga pembangunan model

pengukuran menunjukkan bahawa hanya 62 item daripada 68 item bagi kedua-dua konstruk keseimbangan

hidup (= 0.97; p= 0.00<0.05) dan kepuasan kerjaya (= -0.13; p= 0.00<0.05) yang diterima dalam

model tersebut. Kesimpulannya, dapatan utama kajian mendapati model ini dapat mengukur

faktor-faktor bagi pengekalan kerjaya. Faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi keseimbangan

hidup jurutera wanita untuk terus kekal bekerja adalah kerjaya fleksibel, penjagaan anak, dan cuti.

Manakala faktor dominan bagi kepuasan kerjaya pula adalah mentor, hubungan rakan sekerja, dan

kesamarataan jantina. Implikasinya, model ini dapat gunakan untuk menentukan keseimbangan

optimal bagi bakal jurutera wanita yang akan berkhidmat di sektor awam

atau swasta seiring dengan corak kerjaya abad kini.