Pembinaan dan kebolehgunaan instrumen pentaksiran murid berkeperluan khas berdasarkan permainan kategori serangan dalam pendidikan jasmani tingkatan dua

Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas (IPMBK)

berdasarkan permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tingkatan

Dua. Asas pembinaan IP-MBK berdasarkan model Kitara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faizal Hakimi Samsudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7351
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas (IPMBK)

berdasarkan permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tingkatan

Dua. Asas pembinaan IP-MBK berdasarkan model Kitaran PDCA iaitu plan, do, check dan

act. Reka bentuk kajian kes sekali dijalankan di 11 buah sekolah menengah yang

menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi di daerah Kinta Utara, Perak. Sampel

kajian seramai 17 orang guru Pendidikan Jasmani dan 65 orang murid berkeperluan khas

dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Nilai kesahan panel pakar, kebolehpercayaan

instrumen, objektiviti antara penguji serta kebolehpercayaan item soal selidik adalah pada

tahap tinggi dan amat baik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan

piawai dan peratusan. Analisis menggunakan Ujian-t menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian tahap penguasaan murid mengikut kategori

sekolah dan jantina. Keputusan ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan pencapaian tahap penguasaan murid bagi permainan bola baling dan ragbi

sentuh mengikut jenis kurang upaya. Berdasarkan ANOVA dua hala, tiada kesan utama

dan kesan interaksi terhadap jenis kurang upaya dan jantina bagi permainan bola baling

dan ragbi sentuh. Analisis korelasi menggunakan kaedah Pearson Product Moment pula

menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat dan signifikan antara pencapaian tahap

penguasaan murid dalam permainan kategori serangan dan jenis kurang upaya (autisme,

kurang upaya intelektual, lembam dan disleksia). Instrumen Pentaksiran Murid

Berkeperluan Khas sesuai digunakan untuk mentaksir pencapaian tahap penguasaan murid

bagi permainan kategori serangan. Penggunaan IP-MBK sebagai instrumen pentaksiran

alternatif dapat melahirkan murid yang cergas, sihat, berkemahiran dan berpengetahuan,

mampu bersosialisasi serta mengamalkan gaya hidup sihat.