Pembangunan model pengajaran tahfiz berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model pengajaran tahfiz berasaskan elemen

(ICT) bagi pengajaran al-Quran. Kajian ini menggunakan metodologi kaedah Kajian

Reka bentuk dan Pembangunan (Design and developmental...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mardhiah Yahaya
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7356
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model pengajaran tahfiz berasaskan elemen

(ICT) bagi pengajaran al-Quran. Kajian ini menggunakan metodologi kaedah Kajian

Reka bentuk dan Pembangunan (Design and developmental Research Approach) yang

diperkenalkan oleh Ritchy dan Klien (2007). Kaedah ini melibatkan tiga fasa iaitu fasa

keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan. Fasa

keperluan adalah menggunakan soal selidik yang dijalankan kepada 329 orang guru

tahfiz dan 379 orang murid tahfiz bagi melihat keperluan elemen ICT di dalam

pengajaran tahfiz. Data dianalisis melalui statistik deskriptif dengan menggunakan

perisian Satistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Interpretasi

analisis keperluan adalah berdasarkan nilai min dan sisihan piawai. Fasa reka bentuk

dan pembangunan pula menggunakan pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk

membangunkan model berdasarkan pandangan dan keputusan panel pakar seramai 11

orang. Data diinterpretasi berdasarkan komponen utama dan elemen model yang

diterima oleh panel pakar. Kemudian FDM digunakan untuk menentukan kedudukan

elemen setiap komponen utama dari aspek kuasa memandu (driving power) daripada

kesepakatan pakar. Manakala fasa penilaian kebolehgunaan yang melibatkan 30 orang

pakar pelaksana iaitu terdiri daripada guru-guru tahfiz yang telah terlibat dalam bidang

pengajaran tahfiz lebih daripada 5 tahun sebagai penilai bagi model kajian ini dengan

menggunakan pendekatan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Kesesuaian bagi

kesemua komponen dan elemen di dalam model pengajaran ini adalah ditentukan dari

nilai peratusan skor. Nilai peratusan skor yang melebihi 70% bagi setiap komponen dan

elemen dianggap sesuai dan boleh digunakan. Dapatan kajian bagi keseluruhan dari

fasa keperluan menunjukkan sebanyak 89.4% guru bersetuju menerapkan elemen ICT

dalam pengajaran dan mendapat min keseluruhan 4.27 (sp 0.344). Manakala bagi

dapatan murid pula mendapati 76.3% bersetuju berminat elemen ICT diserapkan ke

dalam pengajaran tahfiz dan mendapat min keseluruhan 3.80 (sp 0.716). Oleh itu,

pembinaan model pengajaran tahfiz berasakan elemen ICT adalah diperlukan. Dapatan

fasa kedua menghasilkan model pengajaran tahfiz yang mengandungi 6 komponen

utama dan elemen yang terdapat di dalamnya. Komponen utama iaitu pemilihan

kaedah, media dan bahan bantu mengajar, penggunaan media dan bahan bantu

mengajar, penilaian, penglibatan murid, objektif pengajaran dan analisa murid.

Seterusnya dapatan fasa ketiga menunjukkan kesemua komponen utama dan elemen

mendapat tahap sesuai dan boleh digunakan hasil dari dapatan nilai peratusan pakar

pelaksanan yang melebihi 70%. Rumusan kajian mendapati pengintergrasian ICT

dalam pengajaran tahfiz menjadi keperluan kepada Pendidikan tahfiz. Dapatan dari

keperluan tersebut membawa kepada pembangunan model pengajaran tahfiz yang

berasaskan ICT.Implikasi kajian merumuskan model ini mampu menyumbang kepada

pengajaran tahfiz yang lebih sistematik dan inovasi hasil dari penerapan elemen ICT

dalam pengajaran. Di samping itu juga, turut menjadi bahan rujukan dan panduan

kepada guru tahfiz melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran agar lebih

menarik dan kreatif mengikut pendidikan terkini iaitu pendidikan abad ke 21.