Pembangunan model regresi ordinal teori respons item teguh dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar

Kajian ini bertujuan membangunkan model regresi ordinal teori respons item (TRI)

teguh dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar. Kaedah pembangunan

model adalah berasaskan model regresi ordinal iaitu mo...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7361 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan membangunkan model regresi ordinal teori respons item (TRI)

teguh dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar. Kaedah pembangunan

model adalah berasaskan model regresi ordinal iaitu model ganjil kumulatif (MGK) dan

analisis literatur bersistematik. MGK diubah suai dengan menerapkan TRI dan kaedah

teguh penganggar-M (pemberat Huber dan Tukey Bisquare). Sampel kajian terdiri

daripada 326 orang pelajar dari salah sebuah universiti awam di Malaysia yang

mendaftar kursus berkaitan STEM. Sementara enam orang pakar dalam bidang statistik

terlibat bagi mengesahkan kualiti sampel item soalan yang digunakan. Data kajian

dianalisis menggunakan analisis deskriptif, indeks tahap persetujuan Cohen Kappa,

analisis faktor, analisis pengukuran Rasch, plot diagnostik dan penyuaian model. Model

yang dibangunkan diuji kebagusannya terhadap data sebenar dan simulasi. Simulasi

Monte Carlo dijalankan berdasarkan faktor simulasi iaitu saiz sampel, kombinasi tahap

kesukaran, peratus pencemaran dan sisihan piawai data pencilan yang melibatkan

ukuran bias, ralat punca min kuasa dua, pekali penentuan dan statistik Lipsitz. Dapatan

kajian mendapati model yang menerapkan TRI dimensi berbilang memberikan hasil

penyuaian lebih baik berbanding model asas yang mana statistik Lipsitz bagi MGK-TRI

(522.78) adalah kurang daripada MGK (549.94). Manakala, penganggar-M dengan

pemberat Tukey Bisquare menunjukkan prestasi keteguhan lebih baik berbanding

pemberat Huber dan penganggar kebolehjadian maksimum. Kesimpulannya, kajian ini

berjaya membangunkan model ramalan prestasi gred peperiksaan akhir pelajar yang

menerapkan TRI dan kaedah teguh dalam mengatasi masalah multikolinearan dan

pengaruh data pencilan pada model regresi ordinal. Model yang dihasilkan memberikan

implikasi dari segi teoritikal, metodologi dan sumbangan kepada pihak-pihak

berkepentingan dalam statistik dan pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi

Malaysia, universiti dan industri dalam meramal prestasi gred peperiksaan akhir pelajar.