Pendidikan dan kerjaya guru perempuan Sekolah Melayu di Johor, 1914-1957

Kajian ini bertujuan mengkaji pendidikan dan kerjaya guru perempuan Sekolah Melayu

di Johor bermula pada tahun 1914 hingga tahun 1957. Kesan daripada kurangnya

pendedahan pendidikan kepada anak-anak perempuan berban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Farhana Mohd Kosni
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7362
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji pendidikan dan kerjaya guru perempuan Sekolah Melayu

di Johor bermula pada tahun 1914 hingga tahun 1957. Kesan daripada kurangnya

pendedahan pendidikan kepada anak-anak perempuan berbanding anak-anak lelaki, tidak

ramai dalam kalangan anak perempuan ini yang menjadi golongan cerdik pandai dan

layak menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu. Ini menyebabkan bidang

perguruan lebih dimonopoli oleh golongan lelaki. Wujud jurang yang begitu ketara antara

guru lelaki dan guru perempuan. Jurang ini tidak terhad kepada bilangan guru sahaja,

namun juga melibatkan perbezaan gaji, pemberian elaun, kenaikan pangkat serta

pembiayaan peribadi. Kajian ini adalah olahan dan nilaian hasil daripada rujukan sumber

dokumen primer dan sekunder dari Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Tunku

Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua data yang diperoleh hasil analisis

terhadap sumber primer dan sekunder ditulis laporan dalam bentuk deskriptif naratif.

Hasil kajian mendapati bahawa wujud perbezaan antara guru lelaki dan guru perempuan

dalam pelbagai aspek seperti pembayaran gaji, elaun, kenaikan pangkat serta pembiyaan

dan pinjaman wang. Perbezaan ini menunjukkan ketidakadilan pentadbiran kerajaan

kolonial British dalam memberikan hak yang sepatutnya kepada guru-guru perempuan.

Terdapat banyak permohonan yang meminta agar kerajaan mempertimbangkan semula

pembayaran gaji agar diberikan sama rata, kerana guru perempuan juga menanggung

beban tugas yang sama dengan guru lelaki. Namun begitu, masih ada hak dan kebajikan

untuk guru-guru perempuan yang dijaga dengan baik, contohnya cuti bersalin. Secara

kesimpulannya, kajian ini menunjukkan terdapatnya layanan berat sebelah yang nyata

memberi tekanan kepada guru-guru perempuan sekolah Melayu di Johor, mengakibatkan

bidang ini kurang diceburi sehingga ada sekolah Melayu yang terpaksa ditutup kerana

ketiadaan guru. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa pendidikan adalah sangat

penting untuk memajukan diri dan memperbaiki taraf hidup. Golongan cendikiawan dan

berilmu yang membawa kepada kemajuan bangsa adalah lahir dari kesamarataan hak

dalam menuntut ilmu yang tidak dibezakan mengikut gender.