Penerokaan pengurusan sisa pepejal lestari melalui projek pengomposan dalam kalangan pelajar tingkatan 4 mata pelajaran asas kelestarian

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengurusan sisa pepejal lestari (PSPL) melalui

projek pengomposan dalam kalangan pelajar tingkatan 4 subjek Asas Kelestarian. Objektif

kajian ini adalah untuk (a) meneroka pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zurainy Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7378
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengurusan sisa pepejal lestari (PSPL) melalui

projek pengomposan dalam kalangan pelajar tingkatan 4 subjek Asas Kelestarian. Objektif

kajian ini adalah untuk (a) meneroka pengetahuan pelajar terhadap kelestarian, PSPL dan

pengomposan, (b) menganalisis teknik yang digunakan dalam proses pengomposan

berdasarkan pengalaman yang dilalui pelajar semasa melaksanakan projek pengomposan,

dan (c) mencadangkan kerangka panduan projek pengomposan di sekolah. Kajian ini

menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Teori konstruktivisma

digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan elemen pembelajaran melalui projek.

Model Pendidikan Alam Sekitar oleh Palmer dan Neal serta model Cradle to Cradle

Design juga digunakan untuk menerangkan elemen pengurusan sisa pepejal lestari.

Informan kajian terdiri daripada lapan belas orang iaitu empat orang pelajar, enam orang

guru, tiga orang pensyarah, dua orang profesor universiti dan tiga orang pakar industri

sektor pengurusan sisa pepejal yang telah dipilih mengunakan teknik snow ball.

Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan

dokumen analisis. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data kualitatif. Data

kajian untuk objektif pertama menunjukkan pengetahuan pelajar tentang alam sekitar,

teknologi hijau, proses pengomposan dan isu pembangunan lestari meningkat setelah

pelajar menjalankan projek pengomposan. Tema yang muncul berkaitan objektif kedua

pula menunjukkan pelajar berjaya menghasilkan kompos yang optimal menggunakan EM

Takakura. Untuk objektif ketiga, satu kerangka panduan pengomposan dapat dibina

berdasarkan temu bual bersama pakar yang terdiri daripada guru, pensyarah dan pakar

industri. Aspek utama dalam kerangka panduan tersebut berkisar kepada tempat, waktu,

kemudahan, dan sistem sokongan. Triangulasi daripada data pemerhatian dan dokumen

analisis menyokong data temu bual. Kesimpulannya, kajian ini mendapati pengetahuan

pelajar berkaitan kelestarian, PSPL dan pengomposan bertambah selepas mereka

melaksanakan projek pengomposan di sekolah. Implikasinya, satu kerangka panduan

projek pengomposan untuk mengurus sisa pepejal secara lestari di sekolah dapat

dihasilkan.