Pembangunan instrumen penyeliaan guru bidang penyediaan dan penyajian makanan

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangun instrumen penyeliaan guru bidang

penyediaan dan penyajian makanan. Model Pengajaran Danielsson yang mengandungi

empat konstruk pengajaran iaitu (a) perancangan dan persedi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juniza Jubri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
N/A
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7393
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangun instrumen penyeliaan guru bidang

penyediaan dan penyajian makanan. Model Pengajaran Danielsson yang mengandungi

empat konstruk pengajaran iaitu (a) perancangan dan persediaan, (b) persekitaran kelas, (c)

strategi pengajaran dan penilaian, serta (d) tanggungjawab professional telah digunakan

sebagai konstruk utama kajian. Reka bentuk kajian adalah pembangungan instrumen

melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, temu bual bersama tujuh (7) orang pakar bidang

telah dijalankan untuk menentukan konstruk yang penting dalam instrumen penyeliaan

guru dalam bidang penyediaan dan penyajian makanan. Fasa kedua menfokus kepada

pembangunan instrumen berdasarkan input temu bual dan persetujuan pakar Delphi melalui

tiga pusingan. Persetujuan antara pakar adalah berdasarkan analisis Julat Antara Kuartil

(JAK). Hasil daripada analisis JAK, 12 item digugurkan dan 10 item perlu diubahsuai pada

pusingan kedua. Pada pusingan yang ketiga, semua item telah diterima oleh pakar dan

mencapai tahap persetujuan yang tinggi. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk

mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam konstruk bidang

penyediaan dan penyajian makanan yang dihasilkan. Pengkaji telah menjalankan kajian

rintis sebanyak dua kali yang melibatkan seramai 70 orang iaitu 35 orang pada rintis

pertama dan 35 orang pada rintis kedua. Kajian sebenar dilaksanakan ke atas 100 orang

pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih untuk mengesahkan instrumen

yang mengandungi lima konstruk dan 70 item. Analisis Rasch telah dijalankan untuk

mengesahkan instrumen dan didapati empat item digugurkan dan mengekalkan 43 item.

Kebolehpercayaan responden dan item beradarkan model Rasch adalah seperti berikut.

Konstruk perancangan dan persediaan mempunyai kebolehpercayaan responden (0.97) dan

kebolehpercayaan item (0.30). Konstruk pelaksanaan dan penyampaian mempunyai

kebolehpercayaan responden (0.85) dan kebolehpercayaan item (0.40). Konstruk kaedah

penilaian, pencapaian objektif dan refleksi mempunyai kebolehpercayaan responden (0.86)

dan kebolehpercayaan item (0.45) manakala konstruk tanggungjawab profesional guru

mempunyai kebolehpercayaan responden (0.68) dan kebolehpercayaan item (0.33).

Kesimpulannya, instrumen penyeliaan guru bidang penyediaan dan penyajian makanan

yang dibangunkan adalah sah dan boleh dipercayai. Implikasi kajian menunjukkan

instrumen ini boleh digunakan oleh pentadbir untuk menilai pengajaran guru bidang

penyediaan dan penyajian makanan di dalam kelas.